Perdana
Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau akan menentukan
pelantikan Menteri Pendidikan yang baharu kerana ia merupakan
prerogatifnya.
“Akan ditentukan oleh saya kerana itu adalah prerogatif saya,”
katanya ketika ditanya mengenai pelantikan Menteri Pendidikan selepas Dr
Maszlee Malik meletakkan jawatan pada 2 Jan lepas.
Dr Mahathir bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan
mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah di sini ,hari
ini.
Ditanya sama ada peletakan jawatan Maszlee disebabkan cubaannya untuk
membuka semula Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman seperti
dilaporkan, Dr Mahathir berkata ia tiada kena mengena dengan perkara
itu.
Beliau berkata terdapat banyak sebab yang membuatkan beliau berpendapat adalah perlu untuk Maszlee meletak jawatan.
“Surat yang saya tulis kepada beliau telah disebarkan kepada umum
oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Seperti yang anda dapat lihat
ada banyak sebab. Saya tidak kata semua yang beliau lakukan adalah
salah.
“Terdapat beberapa perkara yang beliau lakukan adalah betul, tetapi
atas sebab-sebab yang lain, saya berpendapat adalah perlu untuk beliau
meletak jawatan, beliau bersetuju dan beliau meletak jawatan,” katanya.
Maszlee mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Menteri Pendidikan
berkuat kuasa Jumaat lepas dalam sidang media di Kementerian Pendidikan
pada 2 Jan.
Susulan itu, ada pihak mendakwa keputusan itu ada kaitan dengan
rancangannya untuk membuka semula Pusat Keamanan Antarabangsa Raja
Salman di Putrajaya.
Pembukaan pusat itu dicadangkan susulan lawatan Raja Arab Saudi, Raja
Salman Abdul Aziz ke Malaysia pada 2017, namun dibatalkan pada Ogos
2018 selepas Pakatan Harapan mengambil alih pentadbiran negara.
Maszlee dalam laman Twitternya hari ini turut menyifatkan dakwaan itu
sebagai fitnah kerana beliau tidak pernah membincangkan perkara itu
semasa berkhidmat sebagai Menteri Pendidikan dan pusat itu tiada kaitan
dengan kementerian itu.– BERNAMA
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan