Pas sedia berkerjasama dengan PPBM ,Hadi Awang Jadi PM .

Oleh Mohd Sayuti Omar

Saya rasa PPBM khususnya Muhyiddin Yassin sudah naik bingung, bukan kerana terminum lebih air sejuk tetapi bingung kerana tidak faham dengan parti agama yang dilihat "samrawit" dalam memutuskan kerjasama dengan parti itu.

Kata presiden parti itu pagi tadi, partinya telah memutuskan perudingan untuk berkerjasama dengan PPBM. Kenyataan itu adalah yang kesekian kali.


Belum jatuh mentari petang ini Tuan Ibrahim Tuan Man pula berkata partinya masih meneruskan rundingan kerjasama dengan PPBM. Ertinya belum muktamad lagi.

Kata Tuan Ibrahim, tidak ada tempoh untuk mengadakan perundingan dan memuktamadkannya.
Orang-orang bekas parti agama cukup faham dengan sikap "gear lus" Pas itu, terutamanya Mohamad Sabu. Keputusan yang dibuat Pas tidak pernah konsisten, sekali begitu sekali begini. Semacam Pas berpegang kepada kitab yang mempunyai dua warna kuning dan merah.

Dan hari ini baharulah Muhyuddin Yassin yang beriya sangat untuk jadi PM atas ikhsan Pas itu menyedari betapa rumit dan bersimpang siurnya berrunding dengan Pas.

Saya nak bagi tahu kepada Muhyuddin, mungkin Pas sedia menerima untuk bekerjasama dengan partinya maupun parti-parti lain selain PKR, sekiranya mereka sepakat mengambil konsensus PM selepas Najib ini adalah Abdul Hadi Awang. Trims.


Share on Google Plus

About Voice Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan