Oleh Aziz Ahmad
Kita tak perlu melihat atau membaca berita maupun media dunia untuk menyaksikan kehebatan kepimpinan.
Tidak dinafikan diseluruh pelusuk dunia kita dikongsikan cerita
mengenai pemimpin politik yang bercita-cita tinggi menggunung tetapi
sayangnya, sangat sedikit yang mampu menyesuaikan diri dengan cita-cita
kepemimpinannya.
Malah, banyak dan ramai pemimpin politik seolah-olah kurang mempunyai
kualiti kepimpinan yang paling penting, seperti integriti dan
akauntabiliti.
Mungkin juga kita patut menambah ciri ketahanan dan kemampuan diri berhadapan dengan konflik.
Bukanlah suatu kebetulan bagi kebanyakan orang, perkataan “ahli politik” memang mempunyai konotasi negatif.
Walau bagaimanapun, sejarah dan hari ini telah menunjukkan kepada
kita bahawa masih terdapat beberapa insan yang mendekati cita-cita
kepimpinan dan merupakan contoh yang baik sebagai pemimpin politik yang
berkesan.
Pemimpin politik memang diakui sangat penting; melalui kuasa
kerajaan, mereka menilai pengedaran kuasa dan sumber, membina hubungan
dengan pihak berkepentingan lain dan membuat keputusan yang boleh
memberi impak besar kepada kesejahteraan negara dan rakyatnya.
Kepimpinan dalam kerangka politik memerlukan tumpuan pada kebaikan
jangka panjang sebuah negara, melebihi keuntungan peribadi jangka
pendek.
Kepimpinan politik yang baik memerlukan kombinasi karisma dan
integriti, serta keupayaan untuk menilai keadaan dan membuat keputusan
berdasarkan apa yang terbaik untuk kebanyakkan orang amnya.
Yang lebih penting dan utama adalah, kepimpinan dalam kerangka
politik memerlukan ‘kepemimpinan’ yang bertentangan dari hanya menjadi
seorang ‘ahli politik’
Ini bermakna seorang ahli politik yang baik dan bagus adalah mereka
yang mempunyai integriti dan kesediaan untuk menegak apa yang betul,
walaupun itu bermakna meletakkan jawatan dalam kerajaan secara ‘paksa
rela’ atau kalah dalam satu pilihan raya.
Ironisnya, pemimpin politik yang baik seringkali adalah mereka yang paling tidak menginginkan kedudukannya atau jawatan.
Mereka adalah merupakan individu yang tidak inginkan atau mengejar
‘kuasa atau nama’ tetapi diberi peluang memegang kuasa yang diberikan
oleh mereka yang telah membuat penilaian dalam memilih mereka kesesuatu
jawatan.
Jadi bagaimanakah kita mentafsirkan seseorang pemimpin politik yang baik?
Pemimpin politik yang baik adalah:
• seseorang yang bertindak dan menunjukkan contoh integriti dan
kesetiaan kepada orang yang mereka wakili, baik kepada orang awam dan
pemimpin politik yang lain.
• seseorang yang mempunyai komunikasi yang baik dan berkemahiran
interpersonal, yang boleh bekerja dengan pelbagai orang lain, tanpa
mengira parti politik atau pendapat, untuk mencapai kebaikan yang paling
besar untuk penduduk umum.
• seseorang yang boleh menentang pelbagai godaan dan sepak terajang arena politik
• seseorang yang mempunyai watak yang kuat, dengan kedua-dua nurani dan karisma
• seseorang yang bersedia mendengar keperluan orang awam dan mewakili mereka dengan setia
• seseorang dengan keberanian untuk bersuara dan mengatakan apa yang
perlu dikatakan; bukan hanya memberitahu orang ramai apa yang ingin
didengarnya
• seseorang yang bersedia membuat keputusan yang sukar (dan mungkin tidak popular) untuk kebaikan yang lebih baik.
Pemimpin politik yang berkesan akan mempunyai gaya kepimpinan yang
memberi tumpuan kepada gabungan dan pembinaan, sementara situasi
kepimpinan yang tidak berkesan menghasilkan seorang pemimpin yang “haru
birur” dengan maksud yang menggunakan manipulasi untuk mendapatkan apa
yang mereka inginkan, bukannya inspirasi dan motivasi. Walaupun
rundingan dan paksaan kadang-kadang perlu, pemimpin politik yang baik
akan sentiasa cuba menggunakan pujukan dan kaedah yang lembut.
*Penulis adalah seorang pendidik senior
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan