Trump dahagakan darah tentera Amerika

Oleh DR MUHAMMAD FAIZ NA'AMAN

Kota Rom tidak dibina dalam sehari. Itulah kata-kata popular untuk mengambarkan kemegahan dan keangkuhan empayar Rom di zaman dahulu. Akhirnya Rom jatuh tersungkur jua kerana kekejaman, kealpaan dan keegoan para pemerintahnya. Rom adalah simbol tamadun Barat yang dibangga-banggakan malah disinonimkan dengan kuasa imperialis Amerika Syarikat pada zaman sekarang.

Yang menjadi korban akhir dalam mana-mana kejatuhan sesuatu empayar atau kuasa besar dunia ialah warganya, lebih spesifik lagi ialah tentera mereka yang sekadar menerima arahan tanpa berfikir jauh sebagai insan. Tangan yang berlumur dengan darah biasanya pihak yang mengeluarkan arahan pembunuhan, serangan dan peperangan tersebut.

Saya tidak bersimpati dengan tentera Amerika Syarikat. Jauh sekali untuk bersimpati dengan mana-mana militan yang menggunakan taktik terrorisme terhadap orang awam sebagai jalan untuk menegakkan perjuangan. Yang patut kita bersimpati ialah rakyat biasa yang mahu hidup aman damai dalam dunia ini.

Amerika Syarikat, sepertimana Empayar Rom dahulu mungkin tidak mampu ditundukkan dari luar. Namun tindak tanduk gopoh para pemerintahnya mampu menghasilkan suatu bentuk kesedaran serta kebangkitan warganya yang faham erti kedamaian.

Sampaikan kepada para kenalan anda dari Amerika Syarikat di luar sana, berapa ramai lagi anak Amerika mahu dikorbankan sebagai tentera untuk peperangan di pihak kapitalis? Adakah warga Iraq dan Iran menganggu periuk nasi kalian di Amerika selama ini?

Penaklukan, penjajahan dan penindasan, sama ada secara ketenteraan atau ekonomi hanya akan menyemarakkan rasa dendam serta usaha tindak balas dalam bentuk militan dan terrorisme. Itu lumrah sifat manusia. Mereka akan bangkit jika dihina, ditekan, dikhianati atau diugut. Trump telah bawa Amerika Syarikat ke arah menjadi musuh manusia sejagat nombor satu.

Askar-askar Amerika Syarikat yang dilatih dari usia muda telah didoktrinkan kononnya mereka berkhidmat demi kebebasan, kedaulatan negara dan tamadun Barat. Namun tidakkah mereka tahu tuan sebenar negara mereka ialah ahli-ahli Zionis Antarabangsa yang berpusat di Tel Aviv?

Kalian mati dan berkorban kerana satu kelompok manusia yang menolak Nabi Isa A.S (Jesus), salah satu ciri tamadun Barat tradisional yang sering dikaitkan dengan agama Kristian? Tidakkah bodoh dan sia-sia nyawa anak Amerika dicaturkan oleh Rumah Putih dan Pentagon selama ini?

Pembunuhan Allahyarham Jeneral Qasem Soleimani di Iraq oleh serangan misil dari dron tentera udara Amerika Syarikat baru-baru ini hanya mempercepatkan kehancuran sistem ekonomi antarabangsa yang berasaskan infrakstruktur kewangan dari Bretton Woods yang diformulakan ketika Perang Dunia Kedua dahulu.

Nampaknya Trump benar-benar ingin merealisasikan agenda pelobi Zionis dan Kristian Evangelikal di negara tersebut yang mahu Baitulmaqdis menjadi ibu kota negara haram Israel, lantas membawa dunia ke arah Tata Dunia Baru (New World Order) dengan menumpaskan semua musuh-musuh kaum Yahudi yang dianggap GOYIM oleh kitab Talmud mereka.

Iran sahaja mungkin tidak mampu menandingi kehebatan teknologi serta jumlah aset-aset ketenteraan Amerika Syarikat jika berperang secara konvensional. Ia suatu konflik Akhir Zaman yang mungkin tidak boleh diselesaikan dengan persenjataan moden atau rundingan damai lagi. Ia memerlukan campurtangan luar biasa dari dalam Amerika Syarikat itu sendiri atau kuasa tertentu dari luar.

Ya, perseteruan Iran dan Amerika Syarikat mampu mengheret dunia ke kancah Perang Dunia baru. Kali ini dalam skala yang memberi impak langsung kepada ekonomi dan kestabilan sosio-politik Malaysia kerana negara kita pun berada dalam zon panas iaitu Laut China Selatan serta kewujudan Singapura sebagai proksi tegar Amerika Syarikat dan negara Israel di rantau Asia Tenggara.

*Penulis adalah Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi  Parti Pribumi Bersatu Malaysia
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan