Beberapa undian bebas yang dijalankan melalui laman web dan Facebook
mendapati nama Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang ‘trending‘
sebagai utama pilihan Perdana Menteri (PM) di media sosial.
Walaupun dalam kemelut kerajaan yang kini hanya dipegang oleh seorang
Perdana Menteri bersifat interim (sementara) namun, usaha pelbagai pihak
bagi menyuarakan kehendak rakyat menghasilkan keputusan dimana Presiden
PAS menjadi pilihan utama rakyat meletakkan harapan mereka.
Undian yang dibuat Facebook BrigadeTV hingga jam 12:30 tengahari ini
menunjukkan Abdul Hadi Awang mendahului undian dengan 8,282 jumlah
undian, sementara Dato’ Seri Najib Razak di tempat kedua dengan 3,954
undi, Anwar Ibrahim ditempat ketiga dengan 2,980 dan Tun Dr Mahathir
Mohamad di tangga keempat 2,959.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan