EPISOD Rampasan Kuasa terhadap kerajaan PH hari ini bermula dengan
pertemuan tiga pemimpin PH, Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu
dengan Mahathir Mohamad jam 9:30 pagi. Ketiga mereka cuba mendapatkan
Dr Mahathir bagi meminta penjelasan apa yang berlaku pada malam tadi,
pengkhianatan mengejutkan, rampasan kuasa.
Mulanya Dr Mahathir tidak bersedia untuk berjumpa ketiga-tiga mereka
itu. Anwar, Guan Eng dan Mohamad Sabu ke pejabat PMO di Putrajaya,
tetapi Mahathir tidak masuk pejabat. Kegagalan ketiga mereka itu
berjumpa dengan Dr Mahathir menyebabkan timbul persepsi kurang baik.
Apabila gagal menemui Mahathir di Putrajaya, Anwar, Guan Eng, dan Mat
Sabu ke kediaman Mahathir di The Mines. Dr Mahathir tidak masuk ke
pejabatnya pagi tadi, dan berada di rumah.
Pada mulanya Mahathir enggan untuk berjumpa dengan ketiga-tiga mereka
itu. Mahathir berada di tingkat atas, dan tidak turun ke bawah untuk
berjumpa dengan mereka. Dr Wan Azizah yang hadir sama naik untuk bertemu
dengan Mahathir.
Selepas Dr Azizah berjumpa dengan Mahatir, baharu diikuti oleh Anwar
Ibrahim, Guan Eng dan Mohamad Sabu. Perjumpaan itu secara empat mata
bukan serentak, seorang demi seorang menemui Dr Mahathir. Seperti mana
kata Guan Eng pertemuan itu sungguh beremosi.
Selepas berjumpa dengan Mahathir, Anwar membuat kenyataan ringkas
sesudah selesai mesyuarat kepimpinan tertinggi Keadilan, di ibu pejabat
Keadilan di Damansara. Dalam kenyataan ringkas itu Anwar menjelaskan
pertemuan beliau dengan Mahathir sangat baik.
Antara solusi mesyuarat MPT Keadilan itu, memecat serta merta Azmin Ali
dan Zuraida Kamaruddin. Dan sebagai tindakan Azmin mengumumkan dia
bersama Zuraida dan sembilan ahli parlimen termasuk Jaafar Kamaruddin
keluar parti membentuk blok bebas.
Lewat petang Anwar dan Azizah telah ke Istana Negara untuk menghadap
Yang di-Pertuan Agong. Mereka tiba berasingan. Pertemuan itu atas
permintaan mereka yang sudah lama dibuat.
Sebelah petang Lim Guan Eng pula membuat kenyataan menyokong penuh Dr
Mahathir untuk menjadi perdana menteri. Kenyataan sama juga dikeluarkan
oleh Mohamad Sabu yang menyatakan sokongan sama. Kenyataan sokongan
kedua mereka ini menjadi tanda tanya dan dirasakan pelik. Kenapa mereka
membuat sokongan kepada orang yang telah meletak jawatan?
Dalam pada itu, beberapa pemimpin Umno dan kumpulan serpihan PKR
dikatakan ke rumah Dr Mahathir. Namun tidak ada apa-apa kenyataan
dikeluarkan oleh mana-mana pemimpin Umno, Pas atau serpihan PKR
berhubung kedatangan mereka ke rumah Mahathir.
Selepas berjumpa dengan Anwar, Guan Eng dan Mohamad Sabu, Dr Mahathir
menghantar surat perletakan jawatan sebagai perdana menteri. Surat dua
baris itu direkodkan dihantar jam 1:00 tengah hari sementara perjumpaan
Mahathir dengan tiga pemimpin itu jam 10:30 pagi.
Umum melihat dan merasakan peletakan jawatan oleh Dr Mahathir dilihat
satu keputusan dibuat atas tekanan terhadap beliau sebelum ini apabila
beliau enggan melaksanakan peralihan kuasa. Peletakan jawatan itu
sesuatu dialu-alukan.
Apa yang menjadi pertanyaan dan suspen, di sepanjang episod hari ini,
bukan tindakan Dr Mahathir meletakkan jawatan sebagai perdana menteri,
tetapi mengenai tindakannya melepaskan jawatan Pengerusi PPBM? Ada
sesuatu yang tidak kenal dengan tindakan itu. Kenapa beliau meletakkan
jawatan penting itu. Peletakan jawatan itu sesuatu yang serius kerana
menggambarkan beliau tidak lagi berada dalam PPBM.
Persoalan itu akhirnya terjawab juga apabila Presiden PPBM Muhyiddin
Yassin mengumumkan PPBM keluar daripada Pakatan Harapan (PH). Dr
Mahathir sangat kecewa atas kehendak partinya yang mahu berkolaborasi
dengan Umno, Pas dan serpihan PKR.
Tindakan PPBM itu pada mulanya dilihat ia ada sebagai sokongan terhadap
Mahathir, tetapi apa yang berlaku sebenarnya sebaliknya. Dr Mahathir
melepaskan jawatan pengerusi PPBM itu kerana beliau dikatakan tidak
bersetuju dengan partinya yang dikatakan mahu berplot dengan Umno, Pas,
dan serpihan PKR.
Cerita sebenar pecah apabila seorang menteri PPBM memberanikan diri
bertanya kepada Mahathir apakah beliau merestui PPBM berpihak kepada
Umno, Pas dan serpihan PKR untuk menubuh kerajaan baru. Pertanyaan itu
mengejutkan Mahathir dan memberi penjelasan beliau tidak pernah
bersetuju untuk bersama Umno. Jawaban Mahathir itu menyebabkan berlaku
perbalahan dalam PPBM.
Di sinilah punca berlaku perbalahan dalam PPBM, perbalahan sesama
sendiri yang membawa kepada beliau bertindak melepaskan jawatan
Pengerusi PPBM. Peletakan jawatan itu dikatakan sebagai protes kepada
tindakan Muhyiddin dan partinya untuk berkolaborasi dengan Umno, Pas dan
serpihan PKR.
Sejauh mana kebenaran mengenai hal ini masih boleh dipersoalkan.
Dan episod petang ini berhenti rihat seketika apabila sebelah petang
Mahathir menghadap Yang diPertuan Agong. Agong memberi pekenan kepadanya
untuk menjadi Perdana Menteri sementara. Sebelum kerajaan baru
dibentuk, Dr Mahathir bertindak sebagai perdana menteri.
Mengenai kerajaan Malaysia selepas ini ia masih bergantung kepada jumlah
kerusi yang dimiliki kedua pihak PH dan pakatan baru itu. Kedua pihak
akan dipanggil oleh Agong untuk mengetahui apakah mereka mendapat
sokongan secukupnya atau pun tidak. Maka kita kena tunggu dengan penuh
sabar.
Dan dengan kenyataan dikeluarkan oleh parti Warisan dan GPS di Sarawak
ia seakan berpihak kepada PH. Kalau tafsir ini benar dan tepat bermakna
PH berhak untuk menubuh kerajaan baru.
Sementara itu tiga event yang berlaku malam ini, PPBM akan mengadakan
mesyuarat untuk membincangkan tindakan selanjut ekoran tindakan Mahathir
meninggalkan parti tersebut. Semantara itu Anwar pula dikatakan akan
membuat sidang akhbar, manakala parti Amanah mengadakan mesyuarat di
rumah Menteri Pertahanan.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan