Di atas kepercayaan kebebasan bersuara tanpa wasangka, 'Akhbar Rakyat' cuba untuk berkongsi pandangan dengan pihak ketiga. Artikel yang disiarkan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mempunyai kaitan dengan 'Akhbar Rakyat'.Berfikirlah dalam menerima apa jua maklumat. Äkhbar Rakyat" tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri Email :akhbarrakyat@gmail.com
Anggota Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad hari ini mengulas
mengapa pembelian 14 kereta mewah Mercedes Benz sebagai kenderaan rasmi
pimpinan di Kelantan termasuk menteri besar (MB) dan exco negeri itu
menjadi isu panas.
Dalam ulasannya itu, beliau membuat
perbandingan antara kereta rasmi Kelantan dengan kereta rasmi yang
digunakan di beberapa negeri lain.
“Dalam isu pembelian 14 kereta
Mercedes termasuk kereta MB Kelantan bernilai RM600,000 tiada siapa
kata MB dan exco perlu guna Perodua Viva seperti diulas Timbalan MB Nik
Amar (Mohd Amar Abdullah).
“Namun kita perlu bandingkan dengan kerajaan-kerajaan negeri PH, BN dan PAS yang lain,” katanya di Twitter.
1.
Bebenang: Kenapa pembelian Mercedes & pemberian ‘bonus’ kepada Exco
jadi isu panas di Kelantan? Ini bukan sekadar isu politik.
Kerajaan PAS Kelantan baru2 ini beli 14 kereta Mercedes. Kereta MB Hj Ahmad Yakob berharga lebih dari RM600k di pasaran
Antara yang dibandingkan, ialah kereta Mercedes E300 (2018) yang
digunakan oleh MB Terengganu, juga dari PAS, yang bernilai RM350,000
mengikut harga pasaran. Jumlah itu jauh lebih murah berbanding S 450 L
AMG Line yang digunakan oleh MB Kelantan.\
Sedangkan kata
Nik Nazmi, Terengganu mempunyai lebih banyak sumber pendapatan negeri,
khususnya sumber minyak dan gas yang besar.
Beliau kemudiannya
menyenaraikan kenderaan rasmi di negeri lain seperti Honda Accord 2.4
(2013) yang digunakan oleh Negeri Sembilan (kerajaan negeri diterajui
PH) dan Perlis (BN) bernilai RM170,000 sewaktu pembelian.
Turut disenaraikan Toyota Camry 2.5 (2018) yang digunakan di Perak (PH) dan Selangor (PH) bernilai RM190,000.
Katanya
juga, sekalipun didakwa dibeli dengan harga jauh lebih rendah
berbanding harga pasaran, ia masih perbelanjaan yang lebih tinggi kerana
negeri lain juga menikmati pengecualian cukai duit dan eksais seperti
yang dinikmati di Kelantan.
Pendapat itu dikeutarakan dalam dua siri bebenang di Twitternya.
1.
Bebenang: Dlm isu pembelian 14 kereta Mercedes termasuk kereta MB
Kelantan bernilai RM600k, tiada siapa kata MB & Exco perlu guna
Perodua Viva seperti diulas Timbalan MB Nik Amar.
Namun kita perlu bandingkan dengan kerajaan2 negeri PH, BN & PAS yg lain
Bulan lalu, tidak lama selepas tular tentang pembelian kereta
Mercedes jenis S 450 L AMG Line berwarna hitam pada harga lebih
RM600,000 untuk MB Kelantan, Mohd Amar tampil mengakui pembelian berkenaan.
Malah, katanya, bukan hanya MB Kelantan mendapat kereta mewah baru, tetapi juga menikmati kemudahan tersebut adalah barisan exco dan setiausaha kerajaan negeri.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kereta Mercedes yang dibeli adalah
sebanyak 14 buah tetapi dengan kapasiti enjin yang berbeza-beza.
Kata
Mohd Amar, soal harga bukanlah menjadi isu memandangkan mereka
memperolehi diskaun hampir 50 peratus kerana tidak dikenakan cukai.
Dalam
bebenang lebih awal, Nik Nazmi turut menbangkitkan keadaan ekonomi
negeri Kelantan dan membandingkannya dengan perangkaan ekonomi negara.
Katanya, purata keluaran dalam negeri kasar (KDNK) Kelantan ialah 2.6 peratus berbanding kadar kebangsaan pada 4.7 peratus.
Kadar
kemiskinan di Kelantan adalah pada 11.6 peratus berbanding 3 peratus
kadar kebangsaan yang menjadikan negeri yang diterajui PAS itu sebagai
termiskin di Semenanjung Malaysia.
Kadar pengangguran di Kelantan
ialah sebanyak 4 peratus berbanding 3.3 peratus kadar kebangsaan. Ini
merangkumi kadar 9.7 peratus kadar pengangguran orang muda berbanding
7.3 peratus kadar kebangsaan.
Bagi pendapatan median pula, kata
Nik Nazmi, kadarnya ialah pada RM3,079 berbanding RM6,958 kadar
kebangsaan - terendah di Malaysia, malah lebih rendah berbanding di
Sabah dan Sarawak.
Katanya
juga, jika sebelum ini PAS sering menyalahkan Umno dan BN kerana
menganaktirikan Kelantan sejak 1990, kesengsaraan rakyat Kelantan juga
turut berpunca daripada tindakan dan kegagalan dasar PAS sendiri.
Beliau
membangkitkan bagaimana Kelantan menerima RM15.7 pada tahun lalu
(berhubung royalti), RM100 juta pinjaman untuk kos operasi dan gaji,
RM400 juta pembayaran “one-off” serta peruntukan RM1.5 bilion untuk
pembangunan dalam Belanjawan 2020 oleh kerajaan pusat.
“PAS tidak boleh salahkan halangan politik lagi.
“Ke manakah jumlah wang yang besar yang diberikan oleh kerajaan persekutuan itu digunakan?
“Pembelian
kereta rasmi mewah dan pemberian bonus exco bercanggah dengan keadaan
ekonomi Kelantan sebagaimana mana-mana kerajaan, mereka belanjakan wang
itu sebagai amanah daripada rakyat,” katanya lagi.
0 comments:
Catat Ulasan