Di atas kepercayaan kebebasan bersuara tanpa wasangka, 'Akhbar Rakyat' cuba untuk berkongsi pandangan dengan pihak ketiga. Artikel yang disiarkan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mempunyai kaitan dengan 'Akhbar Rakyat'.Berfikirlah dalam menerima apa jua maklumat. Äkhbar Rakyat" tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri Email :akhbarrakyat@gmail.com
Menteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali menyuarakan kebimbangan bahawa
rancangan untuk mewujudkan gabungan baru dengan pembangkang akan gagal
jika ia terus ditangguhkan.
Azmin berkata demikian ketika pertemuan dengan para penyokongnya malam tadi.
Ia
selepas beliau berkata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dan Yang
di-Pertuan Agong memerlukan masa untuk membincangkan soal cadangan
kerajaan baru.
Semalam, Azmin bersama kemnya dalam PKR bersama-sama pemimpin daripada Bersatu, Umno, PAS, Gabungan Parti Sarawak dan Warisan ke Istana Negara, dikatakan untuk menunjukkan mereka mempunyai sokongan majoriti di Parlimen.
Keputusan pertemuan itu tidak didedahkan tetapi Azmin berkata lebih masa diperlukan.
"Berilah peluang kepada Tun Dr Mahathir dan Yang Yang di-Pertuan Agong untuk berbincang kerana mereka memerlukan sedikit masa.
"Tapi
saya ingatkan jangan (ambil masa) lama sangat sebab ada pihak yang cuba
beli ahli parlimen.
Saya kenal orang itu (yang cuba berbuat demikian),
bos saya juga dulu," katanya disambut ketawa penyokongnya, yang
berkumpul di sebuah bilik di Hotel Sheraton, Petaling Jaya.
Azmin
mendakwa anggota parlimen PKR yang menyokongnya telah menerima panggilan
dan tawaran, termasuk jawatan timbalan perdana menteri dan menteri
kewangan.Katanya, itulah sebabnya penubuhan gabungan baru itu tidak boleh memakan masa terlalu lama.
"Baru-baru
ini pihak berkuasa memaklumkan bahawa puluhan juta (ringgit) telah
sampai kepada pihak berkenaan untuk membeli (anggota parlimen).
"Jadi kita tidak boleh lama kerana masalah ini.
"Insya-Allah
parti-parti yang mengadap Agong petang tadi (semalam) telah berikrar
akan mempertahankan prinsip ini dan insyaAllah kita akan melihat satu
gabungan baru yang boleh menjamin masa depan kita dengan lebih
cemerlang," katanya lagi.
Tidak akan kompromi
Jika
gabungan baru itu diwujudkan, ia kemungkinan besar tidak akan
menyertakan DAP, Amanah dan PKR memandangkan ketiga-tiga parti itu tidak
terbabit dengan sejumlah pertemuan kumpulan politik yang berlaku malam
tadi, yang disusuli dengan pertemuan dengan Agong dan majlis makan malam
di Hotel Sheraton.
Presiden PKR Anwar Ibrahim pula menyifatkan perkembangan malam tadi sebagai satu pengkhianatan dan menjangkakan perubahan akan berlaku dalam masa terdekat.
Dalam pertemuan itu, Azmin menafikan membuat persetujuan dengan Umno dan PAS untuk membentuk gabungan baru tersebut.
Beliau
mendakwa mana-mana pemimpin parti itu yang telah didakwa di mahkamah
akan terus berdepan dengan tindakan undang-undangi itu.
"Kita tidak akan kompromi. Tiada deal dengan Umno atau PAS.
"Sesiapa
yang hadapi pelbagai tuduhan di mahkamah, mereka akan kekal dengan
pertuduhan tersebut dan berdepanlah dengan mahkamah. Ini syarat yang
kita gunakan.
"Sesiapa yang hadapi pertuduhan dan merasakan mereka
tak bersalah, laluilah proses tersebut. Biar mahkamah tentukan, bukan
tugas kita untuk menyelamatkan mereka," katanya lagi.
Antara
pemimpin politik yang berkumpul di Hotel Sheraton malam tadi ialah
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, Presiden PAS Abdul Hadi Awang,
Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin dan sejumlah anggota parlimen daripada
parti-parti terbabit.
Satu pengumuman sepatutnya dibuat malam tadi tetapi dibatalkan kemudiannya.
0 comments:
Catat Ulasan