PAS dan Umno komponen terbesar

PAS dan Umno akan menjadi komponen terbesar dalam kerajaan yang bakal diterajui Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, kata Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan.

Katanya, perkara itu adalah kejayaan terbesar kerjasama PAS dan Umno, atas nama Muafakat Nasional.

“Alhamdulilah, kita bukan first time jadi kerajaan. Pada 1974, kita bersama kerajaan BN dulu sebelum meninggakkan BN kemudian kita jadi kerajaan Kelantan sudah 30 tahun. Kita pernah jadi kerajaan Terengganu ini kali kedua, dan juga di Kedah.

“Walau bagaimanapun ini satu pencapaian, yang terbaik hasil daripada Muafakat Nasional kita adakan dengan Umno.

“Jadi kami PAS dan Umno membentuk komponen terbesar,” katanya kepada wartawan di luar rumah Muhyiddin, tidak lama selepas Istana Negara mengumumkan presiden Bersatu itu sebagai perdana menteri.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Ahmad Fadil Shamsuddin berkata Muhyiddin dijadual mengangkat sumpah di hadapan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada pukul 10.30 pagi esok.

Sementara itu Setiausaha Agung Umno Annuar Musa menegaskan pertukaran kerajaan baharu mengikut Perlembagaan Negara.

Beliau juga turut bersyukur dengan keputusan Yang di Pertuan Agong dan ini semestinya akan melegakan rakyat.

“Saya syukur ke hadrat Allah yang penting masalah pelantikan selesai mengikut peraturan dan Perlembagaan.

“Rakyat tidak akan tertanya- tanya lagi yang lain biarlah presiden parti- parti yang tentukan,” katanya.

Manakala Mohamed Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin hanya mengucapkan syukur apabila ditanya media.

“Alhamdullilah kerja keras selama seminggu mengangkat Muhyiddin sebagai perdana menteri berjaya,” katanya.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan