PAKATAN Harapan merancang melakukan rayuan terhadap keputusan Yang di Pertuan Agong untuk melantik Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri Malaysia kelapan.
Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub berkata PH merancang berbuat
demikian menggunakan akuan bersumpah yang ditandatangani menyokong
calon pilihan mereka, Dr Mahathir Mohamad.
“Kami akan cuba buktikan melalui akuan bersumpah (SD). Kita akan cuba
menggumpulkan bukti itu, kerana tempoh masa yang diberikan Istana
semalam mengizinkan kami untuk mengumpulkan bukti-bukti itu,” kata
Salahuddin kepada wartawan di luar Hotel Eastin, Petaling Jaya.
Pemimpin PKR, DAP dan Amanah berkumpul di hotel itu sejak pagi tadi,
manakala ketua parti pula pergi ke Istana Negara untuk memaklumkan Agong
bahawa Dr Mahathir adalah calon perdana menteri mereka.
Salahuddin menambah, semua pemimpin PH kini akan berkumpul dan
bermesyuarat di pejabat Dr Mahathir di Yayasan Al-Bukhary untuk
membincangkan proses rayuan kepada Agong.
Istana Negara sebelum ini berkata pengumuman akan dibuat pada jam 5
petang, tetapi kenyataan media mengumumkan pelantikan Muhyiddin sebagai
perdana menteri kelapan bocor lebih awal.
PH dengan sokongan ahli Parlimen sebelum ini yakin Dr Mahathir
mempunyai sokongan majoriti, selepas beliau dan Ketua Pemuda Bersatu
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menongkah arus menentang keputusan Bersatu
yang menamakan Muhyiddin. Mereka juga menafikan menandatangani akuan
bersumpah menyokong presiden Bersatu itu.
Presiden PKR Anwar Ibrahim juga sebelum ini yakin Dr Mahathir mendapat sokongan majoriti, dengan ramalan lebih ramai ahli Parlimen Bersatu akan kembali menyokong PH. Richard Riot (SUPP) juga turut menyertai PKR.
Warisan dari Sabah dengan sembilan kerusi dan Upko (1) juga mengumumkan sokongan kepada Dr Mahathir.
Sokongan terhadap Muhyiddin bagaimanapun kekal pada 96 ahli Parlimen
daripada Bersatu, Umno, PAS dan bekas PKR diketuai Mohamed Azmin Ali.
Gabungan Parti Sarawak (GPS) dengan 18 wakil di Parlimen masih belum nyatakan sokongan.
GPS pada mulanya berkata akan mengumumkan sokongan mereka pagi esok,
tetapi Ketua Whip Parlimen GPS Fadillah Yusof berada di rumah Muhyiddin
pagi tadi dan pergi ke istana bersama rombongan Bersatu.
Sementara itu, Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan pula
memberitahu wartawan yang Agong mahu mereka kembali esok, dan sumber
Bersatu menyebut ini kerana Agong menanti pendirian rasmi GPS.
Majoriti mudah sebanyak 112 daripada 222 wakil Dewan Rakyat diperlukan untuk membentuk kerajaan
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan