Pihak
yang paling wajar dipersalahkan sehingga jatuhnya kerajaan Pakatan
Harapan (PH) adalah penggerak dan pengkhianat dari dalam kerajaan itu
sendiri iaitu Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Inilah yang disampaikan oleh Pengarah Komunikasi AMANAH, Haji Khalid Samad dalam wawancara hampir satu jam dengan laman berita The Malaysian Insight secara live semalam.
“Rakyat dan negara hadapi masalah ekonomi tetapi dia sibuk merancang
untuk jatuhkan kerajaan demi menjaga kepentingannya agar tidak
terpelanting jika Datuk Seri Anwar Ibrahim jadi perdana menteri,” kata
Khalid dalam wawancara dalam ruangan Insight Talk itu.
Azmin dianggap oleh rakan-rakan rapatnya sebagai pemimpin dan
perancang yang bukan ‘multitasking’ atau boleh membuat pelbagai kerja
dalam satu masa tetapi hanya boleh fokus satu perkara sahaja.
Beliau dilihat berjaya ketika menjadi Menteri Besar Selangor kerana
memberikan fokus untuk membuktikan beliau mampu menjadi MB yang baik.
Namun, ketika menjadi Menteri Hal Ehwal Ekonomi, fokusnya bukan
ekonomi negara tetapi bagaimana untuk menyekat Anwar dari menjadi PM
demi kepentingan masa depan politik nya.
“Watak utama dalam langkah Sheraton yang menjayakan agenda ini adalah Kumpulan 10 yang dipimpin oleh Azmin Ali.
“Mereka adalah orang-orang yang akan kerugian besar jika akhirnya
Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri. Sebab itu fokus Azmin
adalah sekat Anwar,” kata Khalid yang merupakan bekas Menteri Wilayah
Persekutuan itu.
Katanya, kerajaan pintu belakang atau dari bumbung sebagaimana yang
didakwa oleh Presiden Pas ini pada dasarnya adalah untuk menghalang
Datuk Seri Anwar dari menjadi PM.
“Inilah asalnya,” kata ahli Parlimen Shah Alam dalam wawancara itu.
Katanya, yang berusaha dengan gigih adalah Azmin. Beliau berjumpa
dengan pemimpin Umno dan Pas serta pemimpin dari Sabah dan Sarawak.
“Apabila dia sudah ada sokongan, dia menghasut Tan Sri Muhyiddin
dengan berkata inilah peluang untuk beliau menjadi perdana menteri
dengan berkata semua orang sudah bersetuju,” kata Khalid Samad.
Kata Khalid, Muhyiddin menerima baik rancangan Azmin selepas beliau
cukup tersentak dengan kekalahan teruk PH yang diwakili Bersatu dalam
pilihan raya kecil Tanjung Piai.
“Bila dia lihat itu, dia rasa kita sudah tidak ada harapan. Kalau
kita terus bersama DAP, orang Melayu lari dari kita. Orang Cina juga
lari.
“Dalam keadaan pemikiran beginilah Azmin masuk, PH sudah tidak ada
harapan. Kita kena bentuk kerajaan baru. Kita kena jaga sokongan
Melayu,” beritahu Khalid.
BUKAN KALI PERTAMA
Menurut Khalid, pengkhianatan Azmin ini bukan kali pertama dilakukan.
“Sebelum ini, parti beliau PKR memutuskan untuk melantik Datuk Seri
Wan Azizah menjadi Menteri Besar Selangor bagi menggantikan Tan Sri
Khalid Ibrahim.
“Tetapi dia sailang tengah jalan, dia yang jadi MB,” kata Khalid yang
merupakan salah seorang peminpin Pas Selangor pada ketika itu.
Menurut Khalid, ketika PH ditubuhkan, Azmin adalah penentangnya kerana beliau lebih suka bekerjasama dengan Pas.
“Bahkan, sebelum PRU 14, ketika Konvensyen PH mengumumkan Tun Dr
Mahathir sebagai calon PM kita kalau kita menang, dia antara yang
walkout dari dewan kongres kerana merasakan dia yang lebih layak kerana
Datuk Seri Anwar ketika itu masih berada dalam penjara,” kata Khalid.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan