'Faizal perlu cermin diri sendiri kalau masih nak jadi MB'

Adun Tebing Tinggi Aziz Bari menyarankan agar Ahmad Faizal Azumu "cermin diri sendiri" sebelum menyimpan hasrat untuk terus menjadi menteri besar di bawah kerajaan Perikatan Nasional.

Aziz yang merupakan bekas exco di bawah kerajaan PH, berkata secara demokrasi jawatan itu sepatutnya diberikan kepada Pengerusi Umno Perak Saarani Mohamad, yang juga adun Kota Tampan.

"Majoriti ada pada Saarani, atas kertas maksudnya (Saarani patut jadi menteri besar) berdasarkan hukum demokrasi. Tak kisahlah saya daripada DAP sekalipun, dari segi hukum demokrasi, Saarani layak.

"Peja (Faizal) robohkan rumah (kerajaan Perak) dia sendiri, dia lawan tok guru dia (Dr Mahathir Mohamad) dan mentornya Mukhriz Mahathir. Dia kena cermin muka kalau dia mahu jadi menteri besar lagi," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Saarani Mohamad
Pagi tadi pula, Faizal menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai menteri besar Perak
Ia susulan pengisytiharannya untuk menyokong Perikatan Nasional (PN) membentuk kerajaan negeri baru, dalam sidang media yang turut disertai pemimpin Umno dan PAS negeri itu.

"Saya dengan ini ingin memaklumkan kepimpinan Bersatu, Umno dan PAS Perak telah mencapai persetujuan untuk bentuk gabungan baru," kata Faizal.

Ditambah dengan sokongan tiga adun yang keluar daripada PH, PN yang merangkumi Umno, PAS dan Bersatu kini menguasai 32 kerusi DUN berbanding 24 yang dikuasai PH.

Mengulas lanjut, Aziz berkata Faizal perlu menerima hakikat jika tidak dipilih semula sebagai menteri besar, atau apa-apa jawatan dalam kerajaan negeri.

"Bagi saya itu hak Saarani, dia ketua pembangkang sebelum ini dan bukan beliau yang merobohkan kerajaan (negeri Perak).

"Parti dia (Saarani) yang majoriti bersama PAS," katanya, sambil menambah demokrasi akan hilang maknanya jika parti minoriti menjadi dominan dalam pentadbiran.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan