DAP pecat 3 Adun sokong Perikatan

DAP memecat tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) parti itu selepas mereka belot menyertai Perikatan Nasional (PN).

Mereka adalah Adun Pengkalan Batu Norhizam Hassan Baktee, Adun Tronoh Paul Yong Choo Kiong dan Adun Buntong A. Sivasubramaniam.

Pemecatan mereka diumumkan oleh Pengerusi Lembaga Disiplin DAP Chong Chieng Jen hari ini.
Norhizam menyertai PN di Melaka selepas kerajaan Pakatan Harapan di negeri itu tumbang susulan perubahan di peringkat persekutuan.

Di Perak, Yong dan Sivasubramaniam semalam isytihar keluar parti untuk menjadi Adun Bebas dan menyokong gabungan baharu yang terdiri daripada Bersatu, Umno dan PAS.

“Lembaga Disiplin menasihatkan semua ahli supaya menjarakkan diri daripada tiga pembelot ini dan tiada ahli akan menerima sebarang jawatan rasmi yang ditawarkan oleh PN.

“Lembaga Disiplin akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana ahli yang mengkhianati mandat yang diberikan rakyat,” kata Chong dalam satu kenyataan.

Seorang lagi Adun di Perak, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim dari Amanah dipecat dari parti.
Laporan The Star memetik kenyataan Amanah berkata Adun Titi Serong itu dipecat selepas menyertai PN di Perak.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan