SINGAPURA: Harga minyak mentah
dalam dagangan awal Asia jatuh 30 peratus kepada 30 dolar Amerika
Syarikat (AS) setong, iaitu kejatuhan terbesar dalam sehari sejak Perang
Teluk pada 1991.
Menurut laporan Bloomberg dan Reuters, kejatuhan itu berlaku selepas Arab Saudi dan Rusia serta negara Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) gagal mencapai kata sepakat berkenaan isu pemotongan bekalan.
Arab Saudi memulakan perang
harga terhadap Rusia dengan mengurangkan harga jualan dan berikrar untuk
melepaskan bekalan stok minyaknya secara besar-besaran ke dalam pasaran
yang kini jatuh akibat wabak COVID-19.
Reuters melaporkan, pengeksport minyak terbesar di dunia itu cuba menghukum Rusia yang juga pengeluar kedua terbesar dunia, kerana enggan bersetuju dengan cadangan OPEC untuk mengurangkan pengeluaran berikutan isu COVID-19.
OPEC dan pengeluar lain menyokong pemotongan untuk menstabilkan
kejatuhan harga yang disebabkan oleh kejatuhan ekonomi daripada wabak
COVID-19.
Harga pasaran pada waktu ini meletakkan majoriti negara pengeluar serta banyak negara lain dalam risiko kewangan serta meningkatkan beban hutang, justeru memungkinkan langkah pemotongan belanjawan sekiranya kejatuhan harga itu berlarutan.
Bank pelaburan global, Goldman Sachs turut memberi amaran harga minyak mentah mungkin capai paras 20 dolar AS setong.
Sementara itu, pada sekitar jam 10.15 pagi tadi, harga minyak mentah Brent menstabil sedikit kepada sekitar 33 dolar AS setong dengan kejatuhan 25 peratus.
Pada 14 Februari lepas, agensi penarafan Fitch Ratings menyatakan harga minyak mentah yang lemah, akan menyukarkan keupayaan banyak negara termasuk Malaysia untuk memenuhi sasaran pendapatan di tengah penularan COVID-19.
Untuk rekod, dalam Belanjawan 2020 yang dibentangkan pada Oktober 2019, Malaysia menyandarkan hasil berasaskan unjuran rasmi harga minyak mentah 62 dolar setong untuk tahun ini.
Menurut laporan Bloomberg dan Reuters, kejatuhan itu berlaku selepas Arab Saudi dan Rusia serta negara Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) gagal mencapai kata sepakat berkenaan isu pemotongan bekalan.
Reuters melaporkan, pengeksport minyak terbesar di dunia itu cuba menghukum Rusia yang juga pengeluar kedua terbesar dunia, kerana enggan bersetuju dengan cadangan OPEC untuk mengurangkan pengeluaran berikutan isu COVID-19.
Harga pasaran pada waktu ini meletakkan majoriti negara pengeluar serta banyak negara lain dalam risiko kewangan serta meningkatkan beban hutang, justeru memungkinkan langkah pemotongan belanjawan sekiranya kejatuhan harga itu berlarutan.
Bank pelaburan global, Goldman Sachs turut memberi amaran harga minyak mentah mungkin capai paras 20 dolar AS setong.
Sementara itu, pada sekitar jam 10.15 pagi tadi, harga minyak mentah Brent menstabil sedikit kepada sekitar 33 dolar AS setong dengan kejatuhan 25 peratus.
Pada 14 Februari lepas, agensi penarafan Fitch Ratings menyatakan harga minyak mentah yang lemah, akan menyukarkan keupayaan banyak negara termasuk Malaysia untuk memenuhi sasaran pendapatan di tengah penularan COVID-19.
Untuk rekod, dalam Belanjawan 2020 yang dibentangkan pada Oktober 2019, Malaysia menyandarkan hasil berasaskan unjuran rasmi harga minyak mentah 62 dolar setong untuk tahun ini.
0 comments:
Catat Ulasan