Menurut individu tersebut yang memperkenalkan dirinya sebagai Manickam, dia berasa ditipu selepas mendapati cecair pembasmi kuman dijual dengan harga RM50 di Saujana Kajang, Selangor.
"Semalam apabila isteri saya ke salah sebuah kedai runcit di sana untuk membeli hand sanitizer.
Harganya adalah RM50 bagi botol 500ml. Isteri saya terkejut namun terpaksa beli dengan harga itu kerana itu merupakan botol terakhir.
"Saya harap pihak kementerian mengambil tindakan terhadap kedai itu dan juga memantau harga barangan di seluruh negara," katanya
Terdahulu, beliau turut memuat naik dua keping gambar resit dan botol yang dibelinya di media sosial.
Malaysiakini turut melihat resit tersebut dan mendapati kedai terbabit mencetak resit seolah-olah menjual lima unit cecair pembasmi kuman dengan harga RM10 setiap satunya.
Pada botol itu juga terdapat tanda harga RM50.
Sementara
itu, seorang lagi netizen membuat aduan bahawa beliau membeli sekotak
topeng penutup mulut dan hidung dengan harga RM25 di mana, harga biasa
dalam RM10 sahaja."Dahlah 14 hari tidak ada kerja. Ini harga barang pula naik," katanya.
Malaysia yang kini menghadapi penularan wabak Covid-19 menyaksikan kekurangan topeng penutup mulut dan hidung serta cecair pembasmi kuman.
Semalam, negara ini mencatatkan dua kematian pertama berkaitan wabak Covid-19, melibatkan seorang lelaki berusia 60 tahun di Kuching, Sarawak, dan seorang lelaki berusia 34 tahun.
Selain itu sebanyak 673 kes direkodkan setakat semalam.
0 comments:
Catat Ulasan