Rupanya Cita Cita Peribadi Itu Lebih Mudah Disempurnakan

Oleh HAYAR HASSAN

Setelah melalui saat-saat pilu mengenangkan kejatuhan Kerajaan PH yang dipilih oleh rakyat di peringkat pusat, sempat juga saya menatap beberapa tulisan yang mampu merawat kesedihan itu.

Rupa nya pendukung serta penyokong PH sudah mampu bangkit daripada rasa sedih dan gundah gulana atas peristiwa ini. Cuma momentum nya agak perlahan, tetapi tetap meyakinkan !

YB Tun Dr Mahathir Mohamad(Tun M) sendiri telah memberikan contoh terbaik. Bertindak dalam kerangka lunas undang-undang dan perlembagaan serta tidak mencetuskan sebarang rusuhan.

Langkah YB Tun Dr Mahathir untuk turun ke peringkat akar umbi bertemu ahli-ahli PPBM@Bersatu amat di puji sekali. Diharapkan lain-lain pimpinan parti dalam PH dapat mencontohi gerak kerja YB Tun M ini. Memberi penjelasan dan turut bersama dengan akar umbi adalah amat penting dalam perang saikologi melawan kegembiraan pihak Perikatan Nasional(PN) sekarang ini. Apatah lagi pada waktu ini mereka semua tidak disibukkan lagi dengan urusan kementerian masing-masing. Pimpinan utama PH boleh bebas bergerak mengadakan ceramah dan pertemuan dengan rakyat seperti sebelum PRU 14 !

Yang jelas segala kritikan dan cemuhan terhadap kegagalan Kerajaan PH menunaikan segala janji-janji manifesto PRU 14 sudah tidak menjadi relevan dan laibiliti kepada PH lagi. Secara otomatis ianya terhenti.

Sekarang ini apa-apa rungutan dan kritikan terhadap kos sara hidup yang tinggi, kekurangan peluang pekerjaan, ekonomi yang muram , lembap, kemerosotan nilai Ringgit Malaysia(RM), indeks BSKL yang merudum dan lain-lain lagi perlu ditujukan kepada YAB Perdana Menteri Ke 8 kerana YAB inilah yang sekarang ini mengetuai Kerajaan Pusat di Putrajaya, bukan lagi YB Tun Dr Mahathir Mohamad dan kabinetnya ! YB Tun Dr Mahathir hanya Ahli Parlimen Langkawi saja. Sudah tidak punya sebarang kuasa serta tanggongjawab.

Sesiapa yang terus mengkritik PH adalah orang yang kurang cerdik ! Orang kampong di Ulu Piol pun tahu bahawa terus mengkritik Kerajaan PH adalah tindakan orang kurang berpelajaran dan sia-sia !

Tanggongjawab YB Tun Dr Mahathir sekarang ini adalah turun ke akar umbi memberikan pencerahan terhadap episode-episod drama Kerajaan Pintu Belakang(KPB) yang entah bila akan dituntaskan. Katanya episod ini hanya akan sampai ke penghujung sekitar akhir bulan Mei 2020 apabila Dewan Parlimen kembali bersidang. Sama-sama lah kita bersabar untuk menonton nya.

Filem-filem Hindustan dan siri-siri Senitron Indonesia pun ada penghujung nya. Masakan drama politik Malaysia tiada penamatnya. Cuma, masa nya saja belum tiba. Tetapi rasa tidak lah lama.

Meminjam kata-kata YB Sdr Liew Chin Tong, mantan Timbalan Menteri Pertahanan Kerajaan PH yang tersiar dalam Malaysiakini.

“ Winter has come, but spring is not too long”( Musim sejuk telah tiba, namun Musim bunga juga sudah tidak lama lagi). Begitu lah Maha Kuasa dan Kaya Nya Allah SWT menjadikan empat musim yang cukup indah bagi sebahagian daripada bumi ciptaan Nya. Setiap permulaan itu akan ada akhir nya.

Kalau kita imbau kembali sejarah ,drama pergolakan tumbang nya Kerajaan Pakatan Rakyat(PR) Perak selepas PRU 13 pun berkesudahan dengan berjaya nya Kerajaan PH menubuhkan Kerajaan di Perak seusai PRU 14. Cuma nya nama nya berubah sedikit. Daripada Kerajaan Pakatan Rakyat(PR) kepada Kerajaan Pakatan Harapan(PH). Sosok-sosok pimpinan utama nya masih agak sama. Adakah sejarah akan berulang semula ? Kalau begitu kita kena tunggu lah, selewat-lewat nya sampai tahun 2023 @PRU 15.

Sesungguhnya yang amat jelas, drama politik yang sedang kita tontoni sekarang ini membawa suatu mesej besar. Saya ingin mengatakan bahawa:-

“ Dalam mana-mana dunia politik demokrasi sekarang ini, Cita-Cita Peribadi Pemimpin Itu Lebih Mudah Disempurnakan Daripada Mempertahankan Idealisma Perjuangan Asal nya ”.

Memang lah, asalnya seorang pemimpin itu akan mendakwa bahawa dirinya terjun dalam dunia politik adalah untuk berkhidmat kepada rakyat, meningkatkan maruah , taraf sosial bangsa, berbakti kepada agama,bangsa , negara dan membangunkan negara dengan mewar-warkan idealisma perjuangan nya. Ada yang membawa idea-idea nasionalis, Islamik, sosialis , komunis dan lain-lain lagi. Namun jauh di satu sudut hati tiap-tiap sosok yang bergelar pemimpin, tersimpan suatu cita-cita – Melebihkan dahulu kepentingan peribadi dan cita-cita buruk nya. Cara mudah nya adalah dengan berkhianat.

Secara sedar atau pun tidak, kadang kala ia nya tetap dilaksanakan apabila peluang ada. Itu lah salah satu sifat buruk manusia, boleh berkhianat kepada janji setia yang telah dipersetujui bersama apabila rasa tamak pada kuasa dan harta telah menguasai diri nya. Apa tah lagi syaitan dan iblis sentiasa menggoda kita untuk menyempurnakan nya. Tidak kira seorang itu Pak Lebai atau pun orang biasa. Kawan seperjuangan pun akan dikhianati demi memburu cita-cita peribadi nya.

Sungguh mengejutkan dan menusuk kalbu apabila YB Tun M mendedahkan bahawa ada pemimpin utama dalaman PH telah mengkhianati beliau. YB Tun M telah mengistiharkan bahawa DSAA dan TSMY telah berkhianat kepada beliau. Bayangkan seorang Negarawan yang telah diiktiraf oleh dunia, berusia 95 tahun telah dikhianati oleh orang-orang yang boleh dianggap anak dan cucu, kalau diukur dari sudut usia.

Dalam sejarah politik Malaysia ini, YB Tun M telah berjaya menurunkan 2 orang PM sebelum ini apabila beliau merasakan mereka telah gagal menerajui pentadbiran negara Malaysia ini. Sebelum ini , seingatan saya YB Tun M telah mengambil masa sekitar 2 tahun menurunkan PM ke 7.
Berkisah perihal pengkhianatan orang bawahan kepada pemimpin yang telah dipilih oleh rakyat, kita masih ingat kepada pergolakan politik Republik Mesir.

Sebagai contoh, Presiden Republik Mesir yang ada sekarang ini, pada mulanya dikenali sebagai seorang yang warak dan boleh dipercayai oleh Almarhum Presiden Dr Morsi yang telah terpilih menjadi Presiden melalui pilihanraya umum.

Entah bagaimana, selepas beberapa waktu, Almarhum Presiden Dr Morsi telah dikhianati oleh Jeneral Al Sisi , Menteri Pertahanan yang dilantik nya sendiri dalam satu rampasan kuasa tentera.

Akhir nya Presiden yang telah dipileh oleh rakyat dipenjara dan meninggal sewaktu dibicarakan. Ternyata cita-cita peribadi telah mengatasi segala-gala nya. Sebenar nya sepanjang sejarah tamadun manusia, kisah-kisah berkhianat dan dikhianati banyak terjadi.

Kisah Si Kitol sudah terkenal dalam sejarah Kerajaan Melayu Melaka. Kerajaan Kesultanan Melaka jatuh kerana dikhianati oleh Si Kitol. Runtuh nya Kerajaan Khalifah Islam Utmaniah di bumi Anatolia Turki juga adalah disebabkan oleh percaturan para-para pengkhianat yang didalangi oleh Kamal Ataturk. Selalu nya orang yang ikhlas kepada idealisma perjuangan akan menjadi mangsa pengkhianatan.

Berbalik kepada kisah tumbang nya Kerajaan PH Putrajaya, ia nya adalah sejarah yang berulang dan mungkin akan berulang lagi . Rupa nya setelah berlaku di Perak pimpinan PH masih mudah lupa dan alpa. Nasi sudah menjadi bubur, kata orang tua-tua. Kita terpaksa memakan nya juga untuk mengelakkan daripada kelaparan.

Akhir nya kita amat berharap agar pimpinan PH bangun semula untuk menggerakkan pasukan cybertroopers PH dalam mengembalikan semula sokongan rakyat dan pengundi-pengundi.

Sebenarnya usul sebegini sememang nya sudah dilontarkan, tetapi ianya kurang diberikan perhatian. Semoga ada juga sedikit hikmah dari episod kejatuhan Kerajaan PH ini.




















Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan