Tidak
banyak perubahan yang berlaku terhadap perniagaan atau syarikat-syarikat
kecil jika tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) dilanjutkan, malah
ia akan melemahkan ekonomi negara.
Menurut penganalisis ekonomi
Prof Barjoyai Bardai, selain hampir semua sektor terjejas, sektor
perusahaan kecil juga kini hampir lumpuh akibat krisis Covid-19.
“Sektor (perusahaan) sederhana kecil (PKS), perniagaan sederhana saja yang tinggal, perniagaan kecil juga sudah hampir lumpuh.
“Maknanya ekonomi jadi semakin lemah kalau kita melanjutkan tempoh PKP.
“Kalau
tambah dua minggu atau satu bulan lagi, keadaannya tidaklah banyak
berubah, semakin teruk maknanya. Cuma usaha untuk memulihkannya nanti
akan menjadi semakin susah,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Status
sama ada PKP dilanjutkan atau ditamatkan akan diketahui pada 10 April
ini. PKP fasa kedua sepatutnya berakhir pada 14 April ini.
Hikmah pada yang berani mencuba
Dalam tempoh ini, orang ramai juga perlu mengamalkan penjarakan sosial dengan jarak 1 meter apabila keluar rumah.
Oleh
itu Barjoyai yang juga pensyarah Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan,
Universiti Tun Abdul Razak berkata, dengan amalan baru ini, negara bakal
menyaksikan usahawan kecil sudah mula belajar untuk hidup dalam
lingkungan penjarakan sosial dengan memikirkan cara untuk meneruskan
kelangsungan hidup melalui atas talian.
“Contohnya petani-petani
yang memetik hasil tanaman sudah memikirkan macam mana nak jual terus
kepada pengguna melalui online (atas talian), nelayan-nelayan di Kedah
misalnya pun sudah belajar bagaimana nak jual secara online.
“Jadi
saya rasa kalau ditambah lagi dalam satu bulan, mungkin di akhir tempoh
itu kita tengok kebanyakan daripada peniaga-peniaga ini sudah stabil
dalam perniagaan online pula.
“Jadi maknanya ini akan menjadi
satu hikmah. Tapi ia hanya untuk golongan yang berani dan inovatif
sedikit kerana ada juga kumpulan-kumpulan yang masih menunggu
mengharapkans sesuatu yang lain akan berlaku,” katanya.
Pada awal
fasa kedua PKP, turut dilaporkan kedai dalam talian seperti Lazada juga
menawarkan sayur-sayuran yang dipetik dari ladang di Cameron Highlands
dengan harga RM29 satu set, dan semua pesanan yang dibuat sebelum 12
tengah hari akan dihantar antara pukul 3.00 petang ke 8.00 malam
keesokan harinya
.
Tambahnya, selepas tempoh PKP, negara juga akan
melihat orang ramai akan mula menjadi selesa membeli barangan keperluan
secara atas talian.
Yang hilang kerja akan mula kerja sendiri
Pada
masa sama, beliau berkata meskipun kesan PKP ini akan menyaksikan
pengangguran sehingga dua juta, tetapi kumpulan tersebut akan mampu
berdikari dalam tempoh yang cepat untuk menjana pendapatan mereka.
“Itu
akan beri kejutan baru tapi dalam masa yang cepat, kumpulan yang
menganggur ni akan adopt (mengambil) satu gaya baru, (di mana) mereka
akan mula menjadi usahawan, bekerja sendiri.
“Jadi mereka akan
menjadi self-employed (bekerja sendiri) dalam ekonomi dan mereka tidak
akan mengharapkan lagi kerja baru,” katanya.
Sebelum ini, kajian
dari Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) menjangkakan seramai 2.4 juta
orang di negara ini akan kehilangan kerja berikutan wabak Covid-19.
Kira-kira 67 peratus daripada jumlah itu membabitkan pekerja tidak mahir dan kebanyakannya tidak mempunyai pendapatan tetap.
Sementara
itu, Barjoyai berkata bagi syarikat-syarikat dan institusi pengajian
juga sudah mula memikirkan cara penjimatan kos dalam menghadapi PKP ini.
Antaranya pekerja tidak perlu hadir ke pejabat setiap hari
tetapi hanya ke pejabat untuk urusan yang berkait dengan tugasan mereka
(job specification).
“Gajinya mungkin kecil tapi kualiti hidupnya
mungkin lebih baik kerana dia hanya bekerja untuk waktu kerja yang
tertentu dengan pendapatan yang lebih tinggi secara rate basis, per hour
(kadar jam bekerja), misalnya,” katanya.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan