Fuziah kesal jika tuduhan sebar berita palsu bersifat politik

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh berkata beliau kesal jika pertuduhan terhadapnya berhubung penyebaran berita palsu di Facebook bersifat politik, mengatakan ia tidak seharusnya berlaku.

Katanya, beliau akan terus pertahankan kebenaran dan haknya serta pastikan hak itu akan terserlah jua.

“Sebentar tadi saya telah menerima satu notis saman daripada Majistret Johor Bahru bertujuan memaklumkan kepada saya untuk hadir ke Mahkamah Majistret Johor Bahru pada hari esok 8 pagi.

“Surat notis tersebut menyatakan di mana ianya berkenaan ‘Kanun Keseksaan Seksyen 505 (b): Kenyataan-kenyataan yang mendatangkan khianat awam’.
“Manakala Akta SKMM Seksyen 249 pula menyentuh berkenaan ‘Capaian berkenaan data berkomputer’,” katanya dalam satu kenyataan.

Fuziah akan dituduh esok berhubung kes penyebaran berita palsu di Facebook.

Bekas timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri itu sebelum ini disiasat berhubung dakwaan kesesakan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Johor Bahru.

Pemimpin PKR itu akan dituduh di Mahkamah Sesyen Johor Bahru.

Sebelum ini, polis memberitahu media kes disiasat bawah Seksyen 500 dan Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan iaitu berkenaan fitnah dan mendatangkan khianat awam, dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan