Harga barang meningkat, PH gesa kerajaan tangkas bertindak

Majlis Setiausaha Pakatan Harapan menggesa kerajaan bertindak tegas melaksanakan tindakan kawalan agar tiada pencatutan mahupun kenaikan harga yang berlaku ketika diambang Syawal.
Majlis Setiausaha berkata, ketika ini harga barangan basah dan barangan mentah mula meningkat di banyak tempat seluruh negara.

Hal ini katanya, amat membimbangkan oleh kerana keadaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat, menyaksikan ramai rakyat Malaysia terbelenggu dengan ketiadaan pendapatan dan kehilangan pekerjaan.

“Kenyataan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna semalam bahawa KPDNHEP hanya sekarang akan menyiasat kenaikan harga ayam di beberapa negeri adalah mendukacitakan.

“Seharusnya siasatan, pemantauan dan tindakan berpatutan dilaksana lebih awal, bukannya sehingga berpotensi menambah beban rakyat pada waktu ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan tersebut dibuat bersama antara Pengarah Komunikasi AMANAH Nasional, Khalid Abdul Samad; Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution; dan DAP, Dr Ong Kian Ming.

Dalam pada itu, PH menegaskan kerajaan perlu segera mewujudkan mekanisme bagi menjamin kestabilan harga barangan, menyelesaikan isu rantaian bekalan, serta memastikan nasib petani dan pengusaha tidak diabaikan
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan