Langgar arahan PKP, Anwar ingatkan jangan ada ‘pilih kasih’

KUALA LUMPUR, — Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan pihak berwajib untuk bersikap adil dalam menguatkuasakan undang-undang.
Katanya, undang-undang tidak boleh bersifat ‘pilih kasih’ kerana ia dicipta untuk setiap individu tanpa perlu membezakan pangkat atau darjat.
“Melanggar perintah Covid-19 kalau tanya saya ini tak payah berat sangat. Tapi, hukum. Ringan pun ringanlah. Ringan bagi orang besar maka ringan bagi orang biasa,” katanya yang dipetik menerusi laman sosial Twitter.


Anwar berkata demikian dipercayai merujuk kepada tindakan beberapa ahli politik dalam kerajaan yang sebelum ini didakwa melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Rata-rata orang ramai mengkritik tindakan beberapa pemimpin politik terbabit dan menuntut tindakan tegas dikenakan terhadap mereka kerana melanggar arahan PKP.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan