Pertemuan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Perdana
Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Putrajaya baru-baru ini untuk
menyatakan penyertaan parti itu dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN)
hanyalah spekulasi semata-mata.
Menurut Pas, tiada keperluan untuk PN membuka pintu buat Anwar dan
PKR yang sebelum ini telah banyak membuat onar dengan kredibiliti yang
sangat diragui rakyat apa lagi melantiknya pula sebagai Timbalan Perdana
Menteri.
“Sanggup dan tergamakkah Anwar dan PKR menceraikan DAP dan PAN yang
sebelum ini banyak berkorban buatnya?” soal Roslan Shahir Mohd Shahir
dalam kenyataanya seperti dipetik Harakahdaily..
Katanya yang juga Pengarah Pilihan Raya Pas Selangor, spekulasi itu
sekadar mahu mengganggu kelicinan dan kelancaran perjalanan Kerajaan PN
yang disifatkanya walaupun baharu berusia dua bulan tetapi telah jauh
menunjukkan prestasi dan memenangi keyakinan rakyat.
“Munasabahkah PN yang terdiri dari Bersatu, BN dan Pas yang disokong
GPS dan beberapa parti di Sabah yang kini membentuk Kerajaan Persekutuan
mahu membuka laluan buat kemasukan PKR dan mengangkat pula Anwar
sebagai TPM sedangkan di sana tiada keperluan pun?
“Bolehkah mereka yang dipecat dari PKR yang kini menganggotai PN
menerima Anwar dan gerombolan PKR nya dengan senang? Bolehkah BN dan PAS
terima Anwar?” soal beliau.
Terdahulu, Anwar Ibrahim telah berjumpa Muhyiddin di Putrajaya bagi membincangkan mengenai langkah menangani wabak COVID-19.
Ekoran pertemuan itu, pelbagai spekulasi muncul antaranya konon dalam
perjumpaan 45 minit itu Anwar telah menyatakan kesediaan partinya PKR
untuk menyertai Kerajaan PN tanpa membawa DAP atau dan dikatakan
mengenakan syarat yang beliau harus diangkat sebagai TPM.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan