Video Tik Tok perbuatan sia-sia, tidak mendatangkan faedah, Fatwa Mufti Wilayah

Mufti Wilayah Persekutuan menyifatkan permainan video TikTok yang merakam pelbagai gaya tarian mengikut genre muzik hanya perbuatan sia-sia dan tidak mendatang sebarang faedah.

“Adapun, pemain TikTok dilarang memuat naik video tarian TikTok mahupun aksi mimik (Lyp Sinc) di media sosial. Larangan tersebut bertujuan menutup pintu kerosakan (sadd al-zara’i) selain boleh menimbulkan ancaman fitnah bagi sesiapa yang melihatnya.

“Oleh yang demikian, umat Islam perlu memelihara diri daripada sebarang hiburan yang tidak mendatangkan faedah serta boleh menjatuhkan maruah individu sekaligus mengugat nilai-nilai akhlak seorang mukmin yang beriman kepada Allah SWT. Semoga kita terhindar daripada golongan tersebut,” kata Mufti Wilayah Persekutuan.

Ia dikemukakan melalui Irsyad Al-Fatwa siri ke – 472 : Hukum bermain Tik Tok yang disiarkan dalam lama web Mufti Wilayah Persekutuan.

Ia dibuat berdasarkan soalan, “Saya lihat trend terkini pelbagai video TikTok telah tersebar luas di media sosial dan mudah menjadi ikutan masyarakat tanpa mengira usia. Persoalan saya, Apakah hukum bermain TikTok ? Mohon pencerahan, Terima kasih”

Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan