Tidak Perlu Bersedih ,Kerajaan PH Jatuh Kerana Pengkhianat .

Oleh Mohd Mukhlis Mohd Sharif

Ada sahabat yang mesej kata dia sedih dengan kerajaan PH jatuh ke tangan PN, bagi saya tidak ada apa yang perlu di sedihkan. Pengkhianat akan terus berkhianat, peristiwa ini hanyalah cerminan apa yang terjadi pada tahun 2015 masa Hadi Awang hendak bersama dengan UMMNO lepas ATGNA meninggal dunia.

Yang penting kita ikut sunnah Nabi Muhammad Al-Amin dan berpegang teguh pada janji.
Anas bin Malik RA, bahawa Nabi SAW:
يَأْتِيْ عَلَى النَّاسِ زَمَانٌ الصَّابِرُ فِيْهِم عَلَى دِيْنِهِ كَالقَابِضِ عَلَى الجَمْرِ
Maksudnya: “Akan datang kepada manusia satu zaman di mana orang yang sabar daripada kalangan manusia yang berpegang dengan agamanya seperti seorang yang menggenggam bara api”.
(Riwayat al-Tirmizi)

Takat letak nama parti Islam tapi berakhlak macam orang yang tiada agama bukan jaminan untuk masuk syurga. Di Akhirat nanti, Allah tak akan tanya apa parti kamu di dunia, yang Allah akan tanya apa yang kamu lakukan di saat ada pengkhianatan? Adakah kamu bangkit menentang kezaliman, berdiam diri kerana takut dengan tindakan ataupun turut serta bersama dengan orang-orang yang khianat demi laba dunia?

Saya juga melihat yang Allah mempermudahkan urusan mereka untuk khianat kerana itu yang mereka sendiri sudah rancang dan idam-idamkan dari dahulu adalah istidraj. INGAT, IZIN ALLAH BUKAN BERMAKNA REDHA ALLAH. Adakah pencuri yang berjaya merompak 10 buah rumah itu tanda kejayaan? Walaupun dia buat kenduri doa selamat panggil mantan mufti hasil dari rompakan 10 buah rumah tadi? Adakah dengan hanya pandai baca doa dan jadi imam solat, segala dosa pengkhianatan tadi boleh di padamkan oleh Allah?

Naiflah kalau sang mufti tadi kalau beranggapan begitu, sedangkan amalan sekecil biji sawipun akan tetap di hitung, masakkan Allah akan menutup kezaliman pada pengkhianatan sedangkan Allah sendiri benci orang yang berkhianat?

Firman Allah SWT dalam al-Quran bermaksud: “Dan (ingatlah) Kami akan mengadakan neraca timbangan yang adil untuk (menimbang amal makhluk-makhluk pada) hari kiamat, maka tidak ada diri sesiapa akan teraniaya sedikitpun, dan jika (amalnya) itu seberat biji sawi (sekalipun), nescaya Kami akan mendatangkannya (untuk ditimbang dan dihitung), dan cukuplah Kami sebagai Penghitung.”
(Surah al-Anbiya’, ayat 47)

Saya setuju dengan tindakan Anwar yang tidak mengamalkan politik machiavelli dan dia mempraktik apa yang dia cakap. Saya percaya yang kumpulan tebok atap ada mempelawa dia supaya menyokong PN sebagaimana Dr Maszlee pun hampir-hampir terima tawaran dari MY.

Ada sesetengah orang masuk politik hendak jadi kaya, ada yang gila dan rakus hendak jadi perdana menteri sampai sanggup bersetongkol dengan perompak dan kleptokrat yang dia sendiri kutuk satu ketika dahulu. Kini, kleptokrat yang sama di pegang erat bagaikan adik beradik kandung. Kalau sudah hilang rasa malu, buatlah apa yang kamu suka.

Rasulullah SAW telah bersabda: Sesungguhnya antara kata-kata ungkapan Kenabian terdahulu yang dapat diketahui dan dipetik oleh manusia ialah: Jika engkau tidak malu, maka lakukanlah apa sahaja yang engkau mahu.
(Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari)
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

1 comments:

  1. Khianat ini banyak ulasan dan tafsirannya. Ada khianat bertujuan untuk membalas dendam, ada khianat bertujuan untuk pembebasan, ada khianat bertujuan untuk mencapai keinginan, ada khianat bertujuan untuk menegakkan kebenaran serta prinsip dan bermacam-macam lagi. Sebelah pihak bertindak khianat adalah demi menyelamatkan bangsa dan agama. Ada satu pihak pernah knianat untuk mencapai status dan kuasa. Tindakan khianat pada sebelah phak dianggap kejam manakala di sebelah pihak lagi sipengkhianat dianggap hero. Ini adalah lumrah hidup 'khianat' berlaku di mana-mana. Yang penting adalah niat tersebut. Jika seorang isteri mengkhianati suaminya melakukan sesuatu maksiat, sudah tentu kita tahu kesudahannya.Tetapi jika tujuan khianat adalah untuk memastikan kelangsungan agama dan bangsa, adakah beliau akan dibalas sebagai hamba yang melakukan dosa?

    BalasPadam