Pengasas Bersatu kini hanya tinggal lima daripada tujuh pengasas
setelah hilang akibat perebutan kuasa ketika belum berkuasa menjadi
kerajaan, tegas Akhramsyah Muammar Ubaidah Tan Sri Sanusi.
Walau bagaimanapun, kata Pengasas dan juga Ahli Majlis Pimpinan
Tertinggi (MPT) Bersatu berkata, kuasa yang ada kini dalam kerajaan
dilihat telah mempengaruhi tindakan, sikap dan juga keputusan yang
dibuat.
“Saya kurang bersetuju dengan elemen-elemen kedua-dua kenyataan media
oleh Ketua Penerangan Bersatu, Senator Dr Radzi Jidin yang juga
merupakan Menteri Pendidikan kerana terdapat unsur-unsur yang melanggar
prinsip Bersatu.
“Perkara 5 dalam kenyataan 7 Mei 2020 yang menidakkan hak ahli untuk
ingkar dengan pendirian parti kelihatan keterlaluan apabila contoh yang
diberikan yakni ekstrim menyokong gabungan parti lain, kemudian pula
menyatakan gugur keahlian kerana tidak bersetuju dengan pendirian parti
yang ditentukan oleh kepimpinan melanggar semangat penubuhan Bersatu.
“MPT Bersatu tidak pernah bersetuju untuk menyertai apatah lagi membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN),” jelasnya.
Sejajar dengan itu kata beliau, jika benar gugur keahlian mana-mana
ahli yang menyertai gabungan politik yang tidak diluluskan sebagai dasar
parti sepertimana mengikut logik Ketua Penerangan, maka kesemua ahli
Bersatu yang kini menyertai PN gugur keahlian mereka.
Tambahnya, Perkara 3 dalam kenyataan 9 Mei 2020 lebih memburukkan
lagi keadaan apabila ia memberi pengakuan seolah-olah kepimpinan Bersatu
sudah berbulan-bulan bukan sekadar berbincang tetapi merancang untuk
keluar dari Pakatan Harapan (PH) di seluruh peringkat parti.
“Persoalannya disini apa logiknya kita berkempen bersama di PRK
Tanjung Piai dan PRK Kimanis bersama komponen PH serta Warisan, malah
Ketua Penerangan sendiri memuji usaha Dap di Tanjung Piai.
“Selaku Ahli MPT Bersatu, saya menyangkal sekeras-kerasnya bahawa ada
satu usaha besar-besaran disemua peringkat parti supaya Bersatu
menderhakai persetujuan bersama PH.
“Pengakuan sebenar yang ada ialah usaha mempertahankan Tun Mahathir
sebagai Perdana Menteri selama beliau sedia berkhidmat, tetapi tidaklah
terlanjur sehingga meninggalkan rakan-rakan seperjuangan PH yang telah
bertungkus-lumus bersama-sama menyelamatkan negara dari kleptokrat pada
pilihan raya umum 2018, ” tegas beliau.
Menurut Akhramsyah lagi, sekiranya benar ada pemimpin Bersatu yang
sedia merancang untuk mencabuli kesepakatan PH tanpa provokasi, ia
merupakan suatu usaha tidak bermaruah, sekaligus melanggar prinsip tegar
parti.
Katanya, seandainya Ketua Penerangan sendiri ada terlibat dalam
sebarang usaha untuk mengeluarkan Bersatu dari PH, adalah tidak wajar
untuk bersubahat atau mengheret pimpinan lain yang tidak terlibat sama
sekali dalam usaha tidak bermaruah tersebut.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan