Kebimbangan nasib Bersatu dalam pilihan raya akan datang yang
dibangkitkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad semakin diperkuatkan lagi
apabila Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa
sokongan Umno hanya untuk menjatuhkan Pakatan Harapan sahaja.
Bahkan, kata Zahid, Umno tidak berbangga berada dalam kerajaan
Perikatan Nasional (PN) kerana menganggap belum ada kuasa penuh seperti
sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
“Meskipun sebelah kaki kita berada di pentas kerajaan PN, tidak banyak boleh dibanggakan.
“Sokongan kita adalah untuk menjatuhkan kerajaan (PH), menamatkan
pemerintahan dinasti, mengekang rejim penipuan dan gila kuasa selama 22
bulan,” kata Zahid dalam perutusan sempena ulang tahun UMNO yang ke-74,
hari ini.
Ketika berucap sempena sambutan dua tahun kemenangan Pakatan Harapan 9
Mei lepas, Tun Dr Mahathir berkata, dengan apa yang ada sekarang, kedudukan Bersatu terkontang kanteng menjelang pilihan raya umum akan datang.
“Apabila datangnya pilihan raya, Bersatu berharap Umno tidak akan
mencabar di kawasan-kawasan yang Bersatu bertanding. Tetapi Umno berkata
mereka akan bertanding di semua kawasan biasa mereka termasuk yang
diduduki oleh Bersatu sekarang termasuk di kawasan wakil rakyat Bersatu
yang keluar dari Umno.
“Jadi apa kedudukan Bersatu. Di satu pihak mereka tidak dapat
sokongan Umno, di satu pihak lain mereka tidak dapat sokongan parti PH.
“Jadi tinggal Bersatu ini terkontang kanteng, tiada daratan. Tidak
tahu di mana mahu tinggal. Dan sudah tentu jika ada pilihan raya, tidak
mungkin Bersatiu kekalpun, besar kemungkinan Bersatu akan kalah
teruk,”kata bekas perdana menteri itu.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan