Bekas
menteri pengangkutan Anthony Loke menyuarakan harapan agar kerajaan
Perikatan Nasional (PN) meneruskan usaha mengetatkan undang-undang
terhadap pemandu mabuk.
Loke berkata, kabinet PH sebelum ini
secara berprinsip telah setuju untuk berbuat demikian dengan meminda
Akta Pengangkutan Jalan 1987 tetapi tidak sempat membawanya ke Parlimen
susulan pembubaran kerajaan PH.
Beliau mengulas kenyataan Menteri
Alam Sekitar Tuan Ibrahim Tuan Man yang mengulangi pendiriannya agar
Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dipinda bagi meningkatkan hukuman berkenaan pemandu mabuk yang terlibat dengan kemalangan.
“Saya
bersetuju dengan pendirian Tuan Ibrahim. Itu sebabnya saya menyahut
seruannya Januari lepas dan membangkitkan perkara itu dalam mesyuarat
Kabinet pada 29 Januari 2020.
“Kabinet ketika itu sudah bersetuju secara prinsip
untuk mengetatkan undang-undang terhadap pemandu mabuk dan mengarahkan
Kementerian Pengangkutan untuk menggubal pindaan Rang Undang-undang
(RUU) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Saya tak sempat untuk
membentangkan pindaan RUU tersebut di Parlimen namun saya berharap
agenda itu akan diteruskan oleh kerajaan sekarang,” katanya di Facebook.
Terdahulu
hari ini, Tuan Ibrahim yang juga timbalan presiden PAS berkata akta
tersebut perlu dipinda bagi mengatasi masalah individu yang memandu
dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan kematian orang lain.
Kenyataan
itu susulan anggota polis Koperal Safwan Mohamad Ismail yang maut
dirempuh ketika bertugas di sekatan jalan raya Plaza Tol Kajang Selatan,
awal pagi tadi.
Dalam kejadian pukul 2.11 pagi itu, Allahyarham
Safwan, 31, meninggal dunia di tempat kejadian selepas parah di kepala
dan badan akibat dirempuh sebuah pacuan empat roda disyaki dipandu oleh
pemandu mabuk, dalam kejadian berhampiran di Plaza Tol Kajang Selatan
Lebuhraya LEKAS di Kajang.
Mengulas lanjut, Loke yang juga
setiausaha organisasi DAP berkata semua pihak perlu mengambil pendekatan
“sifar toleransi” dalam isu tersebut.
“Semua pihak perlu mengambil pendirian ‘zero tolerance’ terhadap pemandu mabuk. Noktah.
“Ini
isu nyawa manusia yang merentasi pendirian politik. Saya akan bangun
menyokong pindaan RUU tersebut apabila dibawa ke sidang Parlimen kelak,”
katanya lagi, yang turut merakmakan ucapan takziah kepada keluarga
Allahyarham Safwan.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan