Maszlee tolak jawatan penasihat Mara

KUALA LUMPUR, — Ahli Parlimen Simpang Renggam Maszlee Malik hari ini menolak pelantikan beliau selaku Pengerusi Jawantankuasa Penasihat Majlis Amanah Rakyat (Mara) Corp.
Menurut Maszlee, keputusan dibuat selari dengan mandat yang diberikan penyokong dan rakyat di Simpang Renggam khususnya dan juga rakyat Malaysia.

“Buat masa ini, saya lebih terkesan dengan kesempitan hidup rakyat dan tekanan ekonomi yang dihadapi gara-gara bencana Covid-19. Di Simpang Renggam sendiri, terlalu banyak keluarga yang tersadai derita dan perlu dibantu.

“Justeru itu, saya tidak boleh menerima lantikan ini buat masa ini. Kita masih belum menang melawan Covid-19. Negara kita harus menang dahulu, bebas dari bencana, dan kehidupan rakyat kembali stabil,” tulis Maszlee di Facebook

Bekas menteri pendidikan itu berkata, kepentingan rakyat yang menjadi keutamaan dan bukan demi keuntungan peribadi. Belia juga percaya lantikan dibuat itu adalah amanah dari rakyat dan harus dipulangkan kepada mereka.

Maslee juga mencadangkan agar Mara memberi tumpuan agar golongan B40 benar-benar dibantu.
Katanya masih ramai lagi pekerja gaji harian daripada golongan bumiputera yang terjejas ekoran Covid-19.

Beliau yakin Mara mampu melaksanakan tanggung jawabnya kerana terbukti sejak penubuhan agensi itu ramai golongan profesional dan usahawan bumiputera dilahirkan serta mampu memartabatkan ekonomi mereka.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan