Pemimpin kanan sebuah parti berlabel Islam
sepatutnya membawa idea-idea keharmonian dalam kehidupan masyarakat
berbilang kaum dan agama, tegas Pengarah Hal Ehwal Syariah AMANAH, Ustaz
Zolkharnain Abidin.
Walau bagaimanapun, katanya, apabila seorang Naib Presiden Pas
berpolitik dengan memainkan sentimen perkauman kedudukannya seperti
seorang penyokong parti yang taksub atau digelar walaun.
“Walaupun dia Naib Presiden, tapi gaya fikir dia setaraf walaun. Dia
berpolitik dengan mainkan sentimen perkauman. Dia dah lupa ke hadith
asabiah?” soal Timbalan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia
(YADIM) itu.
Beliau dipercayai mengulas reaksi Naib Presiden Pas, Idris Ahmad
kelmarin yang menganggap Melayu yang berani melawan DAP sebagai
berprinsip manakala mereka yang bersekongkol dan mengikut telunjuk parti
itu sebagai Melayu bacul.
Idris menyanggah kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir
Mohamad pada 12 Mei lalu yang menggelarkan orang Melayu sekarang menjadi
bacul kerana takut kepada DAP, sehingga sanggup memilih penyangak
sebagai pemimpin.
Mengulas lanjut Ustaz Zolkharnain berkata, Naib Presiden Pas itu
benar-benar dipukau MCA dan dalam masa masa telah terpancing dengan
Umno.
“Dia dah betul-betul terkena pukauan MCA. Semua perkara yang MCA buat
dia tak komplen termasuk tak mahu negara ini dikenali negara Melayu
Islam.
“Dia dah tertelan kail Umno sampai ke usus. Dulu dia kata, nak lawan
Umno belajarlah daripada Pas. Hari ini mungkin dia boleh kata, nak telan
kail Umno belajarlah daripada saya.
“Cara berfikir dia sudah lebih Umno daripada Umno. Dulu dia kata,
kerja saya lawan Umno. Kini mungkin dia boleh kata, kerja saya gilap
(nak baca jilat pun boleh) Umno,” bidas Ustaz Zolkharnain dipetik dari Facebook miliknya.
Beliau juga secara sinis menyarankan agar kerajaan Perikatan Nasional
(PN) memberikan sebarang jawatan kepada pemimpin kanan Pa itu.
“PN dah jadi kerajaan, berilah apa-apa jawatan sesuai bergaji kepada
dia. Takkan nak biarkan pemimpin kanan Pas tak dapat apa-apa,”
tempelaknya lagi.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan