Naib Presiden Pas, Ustaz Idris Ahmad, telah menuduh Tun Mahathir dan Pakatan Harapan (PH) bacul kerana bekerjasama dengan DAP.
Banyak ironis atas tuduhan tersebut dua hari sebelum Parlimen pertama
di bawah Perikatan Nasional (PN) dipanggil tanpa persidangan perbahasan
diadakan.
Kalau sekadar memanggil pertemuan, supaya Parlimen tidak terbubar,
tanpa perbahasan dibenarkan bukankah itu suatu tindakan bacul yang
memalukan parti-parti komponen PN termasuk parti Pas sendiri di mata
negara-negara antarabangsa?
Bukankah cara tertubuhnya Kerajaan PN melalui pintu belakang juga
satu tindakan tidak bermaruah dan bacul kerana mereka tidak bersedia
memerintah dengan restu rakyat melalui pilihan raya umum terbuka.
Kerajaan PN ditubuh melalui pintu belakang yang menunjukkan kebaculan
mereka tidak bersedia mendapat mandat rakyat melalui pintu depan biasa
melalui pilihan raya. Pas juga menyatakan masuk melaui tebuk atap rumah
pun diizinkan tanpa melalui pintu hadapan dengan tidak memberi salam.
Ini tidak mengikut ajaran Islam dan adat Melayu.
Ini adalah sikap bacul yang memalukan semua parti komponen PN.
Apabila MCA menemplak PN kerana mengelar PN Kerajaan Melayu Islam, Pas dan Umno hanya membisu.
Pas dan Umno yang mempunyai 56 orang MP di Parlimen berbanding dengan
MCA yang mempunyai hanya 2 MP, tetapi mereka terlalu bacul untuk
berhujah kembali dengan rakan minoriti MCA walaupun mereka mempunyai
majoriti besar.
Dalam PH kami boleh berhujah secara demokratik dengan rakan-rakan
lain tidak mengira bangsa, agama dan status. Tetapi dalam PN bilangan
yang begitu besar MP dari Pas dan Umno tidak berarti kalau sikap bacul
mereka seperti di atas diteruskan.
Siapakah Pas untuk menuduh Tun Mahathir bacul? Tun Mahathir telah
berhujah dengan lantang dan berani di pentas dunia antarabangsa puluhan
tahun berhadapan dengan kuasa besar dunia Amerika Syarikat, China dan
Israel.
Rakyat di negara Arab dan Afrika serta dunia ketiga menyanjung tinggi
keberanian Tun Mahathir bersuara bagi golongan tertindas dunia.
Sejak menjadi Kerajaan dan menteri ehwal Parlimen juga dari Pas, Pas
yang dahulunya mendesak untuk kelulussn RUU 355 dan hukum hudud terus
membisu dalam isu ini. Apabila kilang arak dibenarkan beroperasi semasa
PKP, tiada ulama Pas yang membantah isu tersebut
Sekarang ini Pas kelihatan jaguh di kampung dan di luar bandar.
Tetapi kalau berhadapan dengan 2 orang wakil MCA pun tidak berani dan
mampu bersuara bukankah itu bacul namanya?
Janganlah hendak menidakkan pihak lain yang terbukti jauh lagi berani
serta berjaya dihormati di persada antarabangsa selama puluhan tahun
lamanya.
Rumusanya, tindakan PN tidak membenarkan apa-apa perbahasan langsung
di Parlimen pada 18 Mei 2020 adalah tindakan yang teramat bacul.
* Raja Kamarul Bahrin Shah adalah Ahli Jawatankuasa AMANAH Nasional dan Pengerusi Pakatan Harapan Terengganu.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan