Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Huzir Mohamed berkata berkata jadual berkenaan dikeluarkan bagi mengelakkan orang ramai tiba ke sesuatu lokasi seperti di Lembah Klang serentak.
Jadual berkenaan adalah seperti berikut:
7 Mei (Khamis): Merangkumi pergerakan pulang dari Kuala Lumpur.
8 Mei (Jumaat): Merangkumi pergerakan pulang dari Perak, Johor dan Kelantan.
9 Mei (Sabtu): Merangkumi pergerakan pulang dari Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Melaka dan Pahang
10 Mei (Ahad): Merangkumi pergerakan pulang dari Selangor, Negeri Sembilan, dan Terengganu.
Perkara
itu diumumkan dalam sidang media berkenaan pergerakan antara negeri
dalam tempoh PKP bersyarat (PKPB) di Bukit Aman hari ini.
“Mengapa
kita laksanakan jadual begini? Kita tak mahu mereka tiba di lokasi
(destinasi) yang kebanyakannya di Lembah Klang ini serentak.
"(Jadi)
bila kita jarakkan (masa pegerakan), kita jangka mereka (contohnya)
yang bermula di Perak akan tiba dahulu, diikutti Johor, dan diikuti
Kelantan," jelas Huzir.
Tak perlu tunggu notifikasi
Selain
itu Huzir berkata pemohon aplikasi Gerak Malaysia juga tidak perlu
menunggu makluman atau notifikasi kelulusan permohonan mereka.
"Sedaya upaya, kita takkan ganggu lalu lintas pada hari tersebut," katanya.
Oleh sebab dijangka kebanyakan pengguna kenderaan akan memulakan perjalanan selepas waktu berbuka atau bersahur, Huzir menasihati mereka memulakan perjalanan di sebelah malam untuk keselesaan.
Menurut Huzir, bagi pemohon aplikasi Gerak Malaysia yang membawa sesebuah keluarga, disarankan ahli keluarga yang lain turut memohon aplikasi sama.
Bagi yang tidak mempunyai aplikasi itu, mereka boleh membuat permohonan bertulis di balas polis berdekatan namun dinasihatkan agar membuat temu janji terlebih dahulu.
Pemohon turut digalakkan memuat turun borang permohonan di laman Facebook rasmi PDRM dan mengisinya terlebih dahulu sebelum hadir ke balai polis bagi mengelakkan mereka perlu beratur panjang.
Kata Huzir, setakat hari ini sebanyak 1,238,510 orang telah memuat turun aplikasi Gerak Malaysia, dan daripada jumlah itu seramai 503,276 telah membuat permohonan rentas negeri.
Turut hadir dalam sidang media berkenaan, Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, Al-Ishsal Ishak.
Semalam, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa pergerakan rentas negeri untuk kes terkandas di kampung halaman atau di tempat lain ekoran penguatkuasaan PKP, akan bermula 7 hingga 10 Mei ini.
Bagaimanapun, katanya, kebenaran bergerak bergantung kepada kelulusan Gerak Malaysia, dan jadual pergerakan akan dikeluarkan pihak polis.
0 comments:
Catat Ulasan