115 ilmuan PhD seru sokongan pada Muhyiddin

Seramai 115 ilmuan berkelulusan PhD daripada universiti tempatan mengeluarkan kenyataan bersama bagi menyeru sokongan terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin.

Mereka terdiri daripada dua profesor emeritus, 22 profesor, 33 profesor madya dan 58 pensyarah kanan daripada 21 universiti awam (IPTA) dan empat universiti dan kolej universiti swasta (IPTS).
"(Kami) Menyeru supaya semua golongan rakyat memberi penghormatan dan sokongan penuh kepada kerajaan semasa yang diketuai oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai perdana menterinya untuk mengemudi negara sehingga dikembalikan mandat untuk PRU15 mengikut peruntukan yang ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan.

"Menyeru supaya semua pihak akur kepada sistem politik Malaysia yang berteraskan kedaulatan raja-raja, keluhuran perlembagaan dan sistem demokrasi berparlimen serta menghentikan sebarang propaganda dan usaha yang boleh menggugat kestabilan politik demi memastikan kesejahteraan rakyat dan kemajuan negara terpelihara," jelas kenyataan itu.

Mereka juga meminta semua pihak mengangkat tinggi nilai-nilai kemanusiaan dan keagamaan, melaksanakan urus tadbir yang baik serta memastikan kontrak sosial dan peruntukan teras Perlembagaan Persekutuan, khususnya identiti nasional yang berlandaskan identiti Melayu-Muslim, dipatuhi setiap masa.

Selain itu mereka menyeru semua parti politik yang membentuk kerajaan semasa bergabung secara rasmi dalam Perikatan Nasional (PN), manakala barisan pembangkang dari Pakatan Harapan (PN) membentuk kabinet bayangan sendiri bagi memainkan peranan semak dan imbang.

"Kenyataan media ini dibuat dan dikumpulkan secara sukarela oleh kami semua hanya dalam tempoh tiga hari sahaja atas kesedaran tinggi kami bahawa suara golongan seperti kami mampu mencorakkan hala tuju negara di saat kita sedang berhadapan dengan tempoh kritikal.

"Besarlah harapan kami agar suara kami ini dipandang berat oleh semua pihak yang berkenaan mahupun oleh seluruh rakyat kerana di belakang kami terdapat ratusan lagi Ilmuwan PhD IPT Malaysia yang menyokong kuat usaha kami tanpa mahu mendedahkan nama mereka," jelas kenyataan tersebut.

Menurut kenyataan itu, persoalan lanjut yang mungkin berbangkit daripada kenyataan bersama itu boleh diajukan kepada jurucakap mereka, Prof Dr Teo Kok Seong dari UKM, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah dari UNISZA dan Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod dari UIAM.

Berikut adalah senarai nama 115 ilmuan terbabit:

Dua profesor emeritus
1. Prof Emeritus Dato' Dr Ibrahim Komoo
2. Prof Emeritus Dato' Dr Wan Hashim Wan Teh

22 profesor
1. Prof Dato' Dr Abdul Aziz Ab Latif
2. Prof Datuk Dr Abdul Halim Sidek
3. Prof Ir Dr Ahmad Razlan Yusoff
4. Prof Dr Badlihisham Mohd Nasir
5. Prof Dr Haim Hilman Abdullah
6. Prof Ir Dr Hairul Azhar Abdul Rashid
7. Prof Datuk Dr Izaidin Abdul Majid
8. Prof Dr Jamil Hashim
9. Prof Dr Kamaruzzaman Yusof
10. Prof Dr Mansor Mohd Noor
11. Prof Datuk Dr Mohamed Fadzil Che Din
12. Prof Dato Dr Mohd Ismail Abd Aziz
13. Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod
14. Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah
15. Prof Datuk Dr Rohana Yusof
16. Prof Dr Sakri Ibrahim
17. Prof Datuk Dr Sidek Baba
18. Prof Dr Supyan Hussin
19. Prof Dato' Dr Teo Kok Seong
20. Prof Dr Zainuddin Hj Awang
21. Prof Ir Dr Zulfadzli Yusoff
22. Prof Dato Dr Zulkifli Haji Mohd Yusoff

33 profesor madya

1. Prof Madya Dr Abdul Talib Hashim
2. Prof Madya Dr Adi Yasran Abdul Aziz
3. Prof Madya Dr Adlina Ab Halim
4. Prof Madya Dr Ahmad Sunawari Long
5. Prof Madya Dr Ahmad Zainudin Husin
6. Prof Madya Dr Amini Amir Abdullah
7. Prof Madya Dr Aminurraasyid Yatiban
8. Prof Madya Dr Azman Ismail
9. Prof Madya Dr Dayang Maryama Ag Daud
10. Prof Madya Dr Hamidi Ismail
11. Prof Madya Dr Jamal Rizal Razali
12. Prof Madya Dr Mat Zin Mat Kib
13. Prof Madya Dr Mohamad Amran Mohd Salleh
14. Prof Madya Dr Mohamad Faisol Keling
15. Prof Madya Dr Mohd Fuad Mohd Salleh
16. Prof Madya Dr Mohd Hanif Yaacob
17. Prof Madya Dr Mohd Nazir Md Zabit
18. Prof Madya Dr Mohd Noor Mat Yazid
19. Prof Madya Dr Mohd Zahuri Khairani
20. Kol Prof Madya Dr Mohd Zaini Salleh (B)
21. Prof Madya Dr Mohd Zaki Hamzah
22. Prof Madya Datuk Dr Muhammad Hussin
23. Prof Madya Dr Muhammad Saiful Haq Hussin
24. Prof Madya Dr Mus Chairil Samani
25. Prof Madya Dr Nik Yusri Musa
26. Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar
27. Prof Madya Dr Rusdi Omar
28. Prof Madya Dr Saraswathy Chinnasamy @ Sara
29. Prof Madya Dr Saupi Man
30. Prof Madya Dr Shukeri Mohamad
31. Prof Madya Dr Tuan Pah Rokiah Syed Hussain
32. Prof Madya Dr Uswatun Hasanah Zaidan
33. Prof Madya Dr Zairul Anuar Md. Dawam

58 pensyarah kanan

1. Dr Abd. Rahim Romle
2. Dr Abdul Jalil Ali
3. Dr Abdul Syukor Mohamad Jaya
4. Dr Abu Zaki Ismail
5. Dr Abu Zarrin Hj Selamat
6. Dr Ahmad Irdha Mokhtar
7. Dr Aliakbar Gulasan
8. Dr Arnifa Semawi @ Asmawi
9. Dr Azmi Arifin
10. Dr Ernie Mat Tokit
11. Dr Fadzila Abdul Hamid
12. Dr Faisal @ Ahmad Faisal Abdul Hamid
13. Dr Fakhrorazi Ahmad
14. Dr Ghazali Zainuddin
15. Dr Hailan Salamun
16. Dr Hamdan Aziz
17. Dr Hanif Md Lateh @ Junid
18. Dr Iskandar Hasan Tan Abdullah
19. Dr Kamarul Azman Mohd Khamis
20. Dr Kamarul Zaman Haji Yusoff
21. Dr Khairul Anwar Mohamad Khazali
22. Ir Dr M Effendy Yaacob
23. Ar Dr Mansor Surat
24. Dr Mashitah Mohd Udin
25. Dr Mohamad Nazri Abdul Halif
26. Dr Mohd Adnin Hamidi
27. Dr Mohd Afandi Mat Rani
28. Dr Mohd Faizal Abdul Khir
29. Dr Mohd Mahadee Ismail
30. Dr Mohd Nor Husin
31. Dr Mohd Roshdi Hassan
32. Dr Mohd Syakir Mohd Rosdi
33. Dr Muhammad Azrul Zabidi
34. Dr Muhd Sharfi Najib
35. Dr Muhd Zuhairi Sulaiman
36. Dr Mushaddad Hasbullah
37. Dr Najahudin Lateh
38. Dr Nasrul Hadi Johari
39. Dr Nazarudin Zainun
40. Dr Nik Md Saiful Azizi Nik Abdullah
41. Dr Noor Afiza Mat Razali
42. Dr Noor Hasrul Nizan Mohammad Noor
43. Dr Norazli Muhamad Masrup
44. Dr Nordin Sakke
45. Dr Norfariza Ab Wahab
46. Dr Nur Athiroh Masyaa'il Tan Abdullah
47. Dr Rafidah Hasan
48. Dr Raja Hisyamudin Raja Sulong
49. Dr Razali Muda
50. Dr Rizal Othman
51. Dr Samsudin Wahab
52. Dr Syarbaini Ahmad
53. Dr Syari Jamian
54. Dr Tenku Putri Norishah Tenku Shariman
55. Dr Wan Nasyrudin Wan Abdullah
56. Dr Zahrul Akmal Hj. Damin
57. Dr Zainuddin Omar
58. Dr Zuraidah Zan

Pensyarah pesara dari pelbagai universiti seperti berikut:
Tiga profesor emeritus (pesara)

1. Prof Emeritus Tan Sri Dato’ Seri Dr Ibrahim Shah Abu Shah (Pesara UITM)
2. Prof Emeritus Dato' Dr Isahak Haron (Pesara UM)
3. Prof Emeritus Tan Sri Dato' Sri Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar (Pesara UITM)

Tujuh profesor (pesara)

1. Prof Dr Ab Aziz Yusof (Pesara UUM)
2. Prof Dr Ahmad Atory Hussain (Pesara USM)
3. Prof Dr Ismail Ibrahim (Pesara UMS)
4. Prof Dr Mansor Ahmad (Pesara UPM)
5. Prof Dr Mohd. Fauzi Mohd. Jani (Pesara UKM)
6. Prof Ir Dr Wan Ali Wan Mat (Pesara UPNM)
7. Prof Dr Wan Mohtar Wan Yusoff (Pesara UKM)

Lima profesor madya (pesara)

1. Prof Madya Dr Abdul Aziz Hussin (Pesara USM)
2. Prof Madya Dr Ahi Sarok (Pesara UNIMAS)
3. Prof Madya Dr Che Azemi Che Hamid (Pesara UITM)
4. Prof Madya Dr Jeniri Amir (Pesara UNIMAS)
5. Prof Madya Dr Shafaai Musa (Pesara UIAM)
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan