Profesor sejemput awan di langit panas

Oleh Mohd Sayuti Omar

SERAMAI 115 ilmuan bertaraf Phd telah sepakat membuat seruan agar menyokong kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin, dilihat satu kenyataan politik murahan untuk mengampu Muhyiddin dan kerajaan.

115 orang ilmuan itu terdiri daripada dua profesor emeritus, 22 professor, 33 profesor madya dan 58 pensyarah universiti awam Malaysia.
 
Pernyataan mereka menyokong Muhyiddin serta meminta agar menghormati sistem demokrasi berparlimen Malaysia, serta menghentikan propoganda untuk mengugatkan kestabilan politik. Kenyataan itu juga menyeru agar mengangkat tinggi nilai-nilai kemanusiaan dan keagamaan. Ewah.

Seruan mereka itu wajar dan bersesuaian dibuat oleh mereka yang diterima sebagai golongan cerdik pandai dalam masyarakat. Mereka sebaris dengan golongan ulama yang berautoriti dalam bidang keagamaan. Kata-kata orang cerdik lebih diyakini daripada kata-kata si bodoh walaupun kata-kata si bodoh ia betul dan ikhlas. 

Tetapi sayang sebagai golongan cerdik pandai, mereka menyerlahkan sikap serong mereka (bias) apabila terlupa (sengaja) membuat pemerhatian dengan adil dan luhur terhadap apa yang berlaku. Mereka gagal atau melihat yang berlaku itu, dan melihat disekerat jalan saja tanpa berusaha menyelami ke akar umbinya. Macam mana golongan terpelajar boleh bersikap begitu.
Mereka lupa untuk meneracakan kejadian kudeta itu, apakah ianya sesuatu yang bermoral atau sebaliknya. Apakah ia bukan bertentangan dengan prinsip hidup berlandaskan agama Islam dan juga agama-agama lain yang mementingkan kebenaran dan keadilan.

Apakah kerana pencuri itu sebangsa dan seagama, maka ia menghalalkan tindakan keji itu? 
Bukankah Rasulullah S.a.w. dilaporkan berkata, kalau Fatimah (cucunya) yang mencuri, nescaya tangannya akan dipotong. Selalunya golongan cendekiawan ini suka memetik dan merujuk bahan-bahan luar bagi mengukuhkan pendapat dan hujah mereka. Tetapi kenapa kali ini tidak? Terlupakah atau disengajakan.
Ilmuan juga selalunya mementingkan soal moral, akal dan ilmu. Mereka juga penjunjung prinsip ketamadunan dan keilmuan. Tetapi sayang apabila mereka sedia menjadi sejemput awan di langit panas bagi melindungi Muhyiddin dan kerajaannya, mereka melupai peranan besar dan utama mereka menjaga kemuliaan dan martabat manusia tadi. 

Sepatutnya mereka memberi justifikasi mereka atas kudeta itu apakah ia wajar dan tidak bertentangan nilai-nilai moral dan prinsip manusia yang mereka perkatakan itu. Mereka seharusnya peka dan adil, bukan "dedir" dan jadi pengampu. Lantaran itu seruan mereka itu setaraf pemikiran para cybertrooper sahaja. Dangkal dan sampah. Sampah dan menjijikkan. Cis.
 
Saya harap golongan ilmu bertaraf profesor dan Phd di negara ini bukan hanya "secemak" itu sahaja, 115 orang. Masih ada ratusan dan ribuan lagi Phd yang murni dan jilah jiwanya. Dan mereka juga tidak perlu menjejaki langkah para politis yang sedia melacurkan diri kerana kepentingan tembolok bulat mereka.

Aduhai para profesor. Trims.
Glossori:Secemuk (kn) = sebanyak, seramai, sekumpulan dsbnya.
Dedir (kn) = tolol, bengong, dungu.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan