Tidak absah, Anwar tekad terus ‘goncang’ PN

KUALA LUMPUR, — Kerajaan Perikatan Nasional (PN) wajar dicabar bagi menunjukkan keabsahannya, kata Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata sejak PN ‘merampas’ Putrajaya, mereka gagal membuktikan bahawa ia merupakan sebuah kerajaan yang dibina atas prinsip demokrasi.

“Kerajaan yang ada pada hari ini bukan sahaja kontang keabsahan, malah ia terus melanggar prinsip dan norma demokrasi di negara ini.

“Sehingga hari ini, ia masih gagal membuktikan keabsahannya. Maka amat wajar kerajaan ini terus dicabar dan digoncang dalam ruang lingkup demokrasi,” katanya menerusi sebuah video dimuat naik di laman sosial, Twitter.

Sebelum ini, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah bahawa kerajaan pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah sah sebagaimana mengikut peruntukan Perlembagaan.

Baginda bertitah demikian sempena pembukaan penggal ketiga Parlimen ke-14 turut mengingatkan wakil rakyat tidak bermain politik di saat negara berdepan pandemik Covid-19.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan