AMANAH Perak mengumumkan sedia untuk membantu kempen ‘Bersatu
Blackout’ oleh penyokong dan ahli Bersatu yang menyebelahi Tun Dr
Mahathir Mohamad.
Naib Pengerusinya, Dr Muhaimin Sulam berkata, pihaknya mengalu-alukan
jika kempen itu turut diadakan di Perak serta menurunkan Tun Mahathir
bertemu penyokongnya.
Beliau berpendapat penganjuran kempen itu di Alor Setar, Kedah pada
18 Julai lalu adalah satu mesej jelas berkenaan keupayaan penyokong Tun
Mahathir dalam membetulkan kembali Bersatu agar berada di landasan yang
sebenar.
“AMANAH Perak bersedia membantu penyokong ‘Bersatu Blackout’ ini
untuk sama-sama dengan matlamat yang satu agar dikembalikan mandat
rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang lalu dan menolak
pengkhianatan yang dilakukan atas nama Perikatan Nasional (PN) bersama
Tun Mahathir,” tegasnya dalam satu kenyataan.
Muhaimin yakin penganjuran perhimpunan ‘Bersatu Blackout’ di Perak
akan menyaksikan sokongan bersama Tun Mahathir dalam usaha mengembalikan
semula mandat rakyat tercapai.
Pergolakan dalaman Bersatu tercetus ekoran tindakan kumpulan
menyokong Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminggirkan
saranan Tun Mahathir untuk parti itu kekal bersama PH.
Tun Mahathir sebagai Pengerusi Bersatu dipertikaikan itu kemudiannya dipecat bersama beberapa ahli dan pemimpin lain.
Sejak 16 Jun lalu, penyokong Bersatu pro Tun Mahathir melancarkan
kempen ‘blackout’ dengan menukar warna merah logo parti itu kepada warna
hitam putih.
Protes itu dimulakan oleh sebuah akaun Facebook Bersatu.TV
yang mempunyai lebih 17,000 pengikut dengan dikatakan mendapat
persetujuan Tun Mahathir seperti dakwaan pentadbir akaun tersebut.
Ketua Pemuda Armada Bersatu yang dipertikaikan, Syed Saddiq Syed
Abdul Rahman antara pemimpin Bersatu pro Tun Mahathir yang memuat
naikkan logo ‘blackout’ itu di media sosial.
Turut berbuat demikian sebelum ini ialah Timbalan Presiden Bersatu
dipertikai, Datuk Seri Mukhriz Mahathir; Setiausaha Agung parti
dipertikaikan, Datuk Marzuki Yahya; dan bekas Timbalan Menteri Kewangan,
Datuk Amiruddin Hamzah.
Kempen tersebut juga disertakan tanda pagar (tagar) #bersatublackout #kekalberprinsip #selamatkanbersatu.
Perhimpunan Bersatu Blackout dengan tema “Tun.. Kenapa & Mengapa?” di Alor Setar, Kedah pada 18 Julai lalu dilihat mendapat sambutan hangat penyokong Tun Mahathir.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan