Oleh AMNI JAGAT
Tindakan Ahli Parlimen Sri Gading, Dr Sharuddin Mat Salleh yang
dilihat mengekalkan prinsip mempertahankan mandat rakyat pada PRU-14
mendapat pujian parti komponen Pakatan Harapan (PH).
Pengarah Komunikasi AMANAH Johor, Noor Khalim Sakib berkata mandat
yang diberikan rakyat pada PRU 14 kepada H menjadi keutamaan bagi setiap
wakil rakyat di negara ini.
“Syabas Dr Sharuddin kerana mempertahankan mandat yang diberikan
rakyat. Kita mahu demokrasi di negara ini terus subur bukan pentadbiran
yang dicatur oleh pemimpin tertentu sahaja.
“Tindakan beliau sehingga dipecat oleh partinya (Bersatu) adalah
disebabkan semangat beliau mempertahankan prinsip suara rakyat yang
telah membuat pilihan.
“PRU adalah suara rakyat untuk mereka menentukan siapakah yang mereka mahukan untuk menjadi pemimpin mereka.
“Keputusan telah dibuat oleh rakyat dengan membuang Barisan Nasional
(BN) dan mengangkat Pakatan Harapan (PH) sebagai peneraju di negara ini.
Perkara ini tidak boleh dikhianati,” tegasnya ketika dihubungi
Kelmarin, Dr Sharuddin dipecat oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia
(Bersatu) selepas tindakannya yang dikatakan bercanggah dengan parti
berkenaan.
Mengulas lanjut, Noor Khalim menyifatkan pendirian Dr Sharuddin
bersama PH menunjukkan bahawa masih wujud Ahli Parlimen berprinsip di
negara ini.
“Kita mahu sedarkan pemimpin yang tidak melihat hal ini secara
realiti. Tindakan Sharuddin ini menggambarkan bahawa dirinya seorang
yang berprinsip menegakkan suara rakyat yang memilihnya menggunakan logo
PH.
“Saya juga berharap ada lagi golongan mereka di dalam Bersatu serta
parti yang lain mengambil langkah sama untuk menunjukkan sikap
berprinsip dalam memikul tanggungjawab sebagai seorang wakil rakyat,”
ujarnya.
Apa yang penting, tambahnya lagi, suara rakyat di negara ini tidak
harus diabaikan kerana ketamakan sesetengah pemimpin yang mahukan mandat
serta menyelamatkan diri mereka daripada terhukum akibat salah laku
sebelum ini.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan