UMNO Terengganu bertegas untuk bertanding di semua lapan kerusi
Parlimen dan 32 kerusi DUN dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), lapor
Sinar Harian.
Pengerusinya Ahmad Said menyatakan demikian bagi menjawab kenyataan
Naib Presiden PAS Ahmad Samsuri Mokhtar bahawa parti itu mahu bertanding
di enam kerusi parlimen di Terengganu.
Ahmad yang juga bekas menteri besar Terengganu berkata hanya asas
perbincangan itu sahaja dibincangkan tetapi agihan kerusi tersebut masih
belum diperkatakan.
“Setahu saya, masih lagi belum ada berbincang mengenai pengagihan kerusi, kerana selama ini hanya tentang terma rujukan.
“Bagi saya, kenyataan Dr Samsuri sebagai naib presiden dan kenyataan peribadinya adalah pramatang.
“Maknanya ini dah menjadi hasrat dia, sasaran dia walaupun belum ada
rundingan (walaupun) kemudian kata senarai harapan akan dikemukakan.
“Jadi, saya kata itu pendapat peribadi beliau dan sekiranya pendapat
peribadi ini diambil kira, saya boleh kata ini pendapat peribadi saya.
“Kalau dia kata bertanding di enam Parlimen, saya tak ada pilihan, di
Terengganu BN akan bertanding di semua lapan Parlimen,” katanya seperti
dipetik Sinar Harian.
Kerusi yang mahu dikekalkan PAS itu melibatkan kesemua enam yang kini
diwakili parti tersebut – Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang,
Dungun dan Kemaman.
Sekiranya ia menjadi kenyataan, Umno dan Bersatu hanya akan dapat bertanding di dua lagi kerusi – Besut dan Hulu Terengganu.
Kawasan Parlimen Besut diwakili bekas menteri besar Idris Jusoh, manakala Rosol Wahid mewakili Hulu Terengganu.
Rosol bagaimanapun keluar Umno pada Disember 2019 untuk menyertai
Bersatu. Beliau kini timbalan menteri dalam Kabinet Muhyiddin Yassin.
Pada masa sama Ahmad berkata Umno tidak takut untuk bertanding di
semua 32 kerusi DUN di negeri itu biarpun ia bermaksud patinya akan
bertembung dengan PAS.
Katanya Perikatan Nasional diperlukan bagi mengekalkan kuasa sebagai kerajaan.
Namun di peringkat negeri parti berhak untuk bertanding di mana-mana kerusi yang diingini jika mempunyai sokongan, tambahnya.
“Takut apa? Sebab di Terengganu, Kelantan dan Kedah adalah negeri (majoriti) Melayu. PAS atau Umno menang, tetap negeri Melayu.
“Yang penting, biar Perikatan Nasional memerintah dahulu. Sebab itu
kita kata bubar Parlimen dulu, tanding di peringkat Putrajaya. Kemudian
di DUN, kita lawan sesama sendiri.
“Siapa yang lebih, dia yang akan menjadi kerajaan. Takut apa? Kita sudah biasa lawan. Kalah atau menang perkara biasa,” katanya
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan