MENTERI kewangan atau seorang daripada dua timbalannya patut hadir di Parlimen semasa perbahasan Belanjawan 2021, kata Azalina Othman Said.
Timbalan speaker Dewan Rakyat berkata beliau setuju dengan RSN Rayer (Jelutong-DAP) yang ingin tahu di mana menteri kewangan atau timbalannya berada ketika sesi berlangsung.
Beliau berkata walaupun menteri tidak dapat menghadiri prosiding, dua timbalannya patut hadir untuk mendengar pandangan anggota Parlimen mengenai Belanjawan 2021.
“Saya setuju dengan apa dikatakan Rayer sebelum ini dan saya percaya sama ada Menteri Kewangan (Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz) atau timbalannya harus berada di sini untuk mendengar perbahasan belanjawan.
“Saya tahu semua orang sibuk tetapi belanjawan adalah isu penting. Namun, saya tidak melihat ada menteri di sini,” kata Azalina pada akhir mesyuarat hari ini.
Timbalan menteri kewangan ialah Abdul Rahim Bakri (Kudat-Bersatu) dan Mohd Shahar Abdullah (Paya Besar-BN).
Walaupun, Rayer turut membangkitkan isu itu dengan Speaker Azhar Azizan Harun tetapi dianggap sebagai tidak penting.
“Tiada dalam Peraturan Mesyuarat mewajibkan menteri atau timbalannya menghadiri perbahasan belanjawan,” kata Azhar.
Bagaimanapun, Azalina yang pernah dua kali menjadi bekas menteri di bawah kerajaan Barisan Nasional, berkata adalah wajar bagi menteri kewangan atau salah seorang timbalannya hadir perbahasan.
“Para penyokong kerajaan perlu sampaikan hal ini kepada mereka,” kata Azalina. –
0 comments:
Catat Ulasan