Tiong enggan tarik semula komen perlekeh KP Kesihatan


AHLI Parlimen Bintulu Tiong King Sing enggan menarik semula kenyataannya selepas menyindir Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah sebagai “takut mati” kerana tidak pergi ke Sabah untuk menilai keadaan Covid-19 di negeri berkenaan.

“Saya tidak mahu tarik balik. Ini suara petugas barisan hadapan,” kata Tiong kepada Timbalan Speaker Azalina Othman Said yang bertanya adakah beliau ingin meminta maaf, menarik semula atau menjelaskan kenyataannya mengenai Dr Noor Hisham di Dewan Rakyat hari ini.

Terdahulu semasa perbahasan Tiong menolak tugas yang dilakukan oleh ketua pengarah.

“Ketua pengarah tiap-tiap hari buat berita saja, bikin apa, ‘office boy’ pun boleh baca. Kenapa dia tak turun padang, macam di Kota Kinabalu sekarang begitu teruk. Kenapa tak turun lawat tiap-tiap hospital.

“Jangan hantar saja (barisan depan), oh orang itu tak takut mati, tapi KP takut mati.. timbalan pun tak pergi.

“Tak usahlah hari-hari buat publisiti, sekarang dengar beliau nak jadi setiausaha WHO, memang tak layak,” katanya merujuk kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia. 

Setelah enggan menarik semula kenyataannya Tiong terus mempersoalkan cara pengendalian Kementerian Kesihatan terhadap pandemik Covid-19.

“SOP tidak jelas dan KKM harus menjelaskan SOP kepada penguat kuasa yang kini membuat tafsiran sendiri.

“Ambil keputusan dua orang setiap kereta. Polis katakan kedua-duanya tidak boleh duduk bersama di depan tetapi di dalam kapal terbang, kita duduk bersebelahan. Orang marah dengan keadaan tidak konsisten ini dan mereka terbeban tetapi polis mendenda mereka.

“Ini sama dengan kejadan di stesen minyak,” katanya.

Beliau menambah KKM dan Majlis Keselamatan Nasional perlu melakukan pekerjaan lebih baik, menyelaras SOP dan tidak terus mengubahnya.

Semalam Menteri Kanan (Pertahanan) Ismail Sabri menjelaskan mengenai seorang lelaki di Ipoh minggu lalu yang didenda kerana tidak mengimbas aplikasi MySejahtera ketika mengisi minyak kereta di sebuah stesen minyak.

Menteri pertahanan itu berkata demikian ketika diminta mengulas isu itu selepas Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Mior Faridalathrash Wahid semalam berkata semua orang perlu mendaftar kehadiran menggunakan MySejahtera sebelum mengisi minyak.

Ia susulan rakaman suara seorang lelaki mendakwa ayahya didenda RM1,000 walaupun memakai pelitup muka ketika mengisi minyak tular
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan