PRU15: Pejuang sedia pelan alternatif jika pendaftaran belum lulus

 


SHAH ALAM - Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) mempunyai beberapa pelan alternatif sekiranya Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) belum meluluskan permohonan pendaftaran parti berkenaan.

Presiden (Penaja) Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, beberapa perancangan sudah difikirkan jika pilihan raya diadakan ketika permohonan pandaftaran parti itu belum diterima.

"Kita memang mesti ada beberapa pelan alternatif sekiranya satu pilihan (permohonan pendaftaran) itu tidak menjadi (dan) kita (sudah) ada beberapa pilihan yang lain.

"Jadi saya tidak bolehlah hendak mendedahkan apa pendekatan yang kita ambil (sekiranya pendaftaran parti tidak diluluskan)," katanya pada sidang akhbar Pejuang yang dilakukan secara maya pada Isnin.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Jerlun itu berkata, pihaknya tidak berhasrat menyertai Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sebagai calon Bebas.

"Jadi calon (Pejuang) itu perlu ada lambang dan platformnya. Jadi apakah platform yang akan kita gunakan, kena tunggu dululah," katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai status pendaftaran Pejuang, Mukhriz berkata, pihaknya masih menunggu kelulusan daripada RoS.

Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan