#SetahunPengkhianatan sohor kini di Twitter, peringati setahun Langkah Sheraton


RAKYAT Malaysia menjadikan Twitter hari ini untuk memperingati ulang tahun pertama “Langkah Sheraton” yang menyebabkan penggulingan pemerintahan Pakatan Harapan.

Tanda pagar #SetahunPengkhianatan kini berada di kedudukan teratas pada jam 12.30 tengah hari dengan lebih 3,000 ciapan.

Ada yang mengatakan mereka tidak akan memaafkan mereka yang berada di belakang tindakan itu yang merujuk kepada pertemuan Bersatu, Umno, PAS dan beberapa ahli Parlimen PKR di Hotel Sheraton di Petaling Jaya pada tarikh hari ini tahun lalu.

Mesyuarat itu di mana Bersatu memutuskan untuk keluar dari PH menentang kehendak pengerusinya ketika itu, Dr Mahathir Mohamad diikuti oleh peletakan jawatannya sebagai perdana menteri dan ketua parti kemudian menyebabkan kejatuhan kerajaan PH yang membenarkan Perikatan Nasional bangkit.

Pengguna lain di Twitter pula menyebut Langkah Sheraton sebagai pengkhianatan mandat rakyat.

“Saya sangat gembira dan bangga dengan diri saya sebagi pengundi pertama kali pada 2018. Siapa sangka 22 bulan kemudian kita dikhianati dan semuanya bertambah teruk sejak itu.

“Diingatkan bahawa Malaysia sekarang ditadbir oleh kerajaan pintu belakang,” kata @dearjieunssi.

Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan