Akhirnya Muhyiddin mengemis di Pagoh


Oleh HARUN ZAKARIA  

Akhirnya jelas lagi bersuluh apabila parti tua Umno melalui pengerusi serta merangkap MB Johor mengeluarkan fatwa bahawa Umno akan bertanding di Pagoh. Nah, Muhyiddin anak kiyai Yassin termakan dengan makhluk belaannya sendiri di Johor.

Inilah padah bila belaan itu tidak diberi makan secukupnya oleh tuan yang membelanya. Akhirnya mengemislah anak kiyai Yassin itu di Pagoh. Pastinya rundingan awal Januari lalu tidak mendatangkan hasil yang terbaik kepada pihak Muhyiddin.

Sudah dikenal pasti, Umno bukanlah suatu rakan yang baik untuk dijadikan kawan dalam memperjuangkan agenda kesatuan. Jangan katakan di Johor untuk Bersatu bertanding, kerusi keramat anak kiyai Yassin itu pun tidak selamat untuk ditandingi dalam PRU 15 akan datang.

Apa yang terjadi? Persoalan yang timbul, kenyataan Hasni itu seperti mengsiytiharkan perang di antara Bersatu dan Umno di Johor. Pasti pergolakan akan terus berlangsung dan seperti yang dimaklumi sebelum ini, kerajaan Johor tidak akan berdiri dengan aman damai.

Begitulah kesudahan parti yang kianat lawannya seperti Bersatu hari ini. Tindakan Hasni sebelum ini yang melantik Ketua Kampung serta jawatan lantikan parti yang lain mengikut selera Umno juga telah jelas menunjukkan bahawa parti tua itu akan memakan rakannya dalam komponen kerajaan di Johor.

Inilah mimpi ngeri rakyat Johor apabila mereka terpaksa berhadapan dengan kepimpinan yang tamakkan kuasa serta berlumba untuk kepentingan diri sendiri semata. Soal bangsa? Semuanya hanya alat demi memuaskan kehendak mereka sahaja.

Sebagai pengerusi partinya di Johor, Muhyiddin harus merencana pelbagai tindakan demi menyelamatkan partinya dalam PRU 15 akan datang. Paling mengerikan, pengundi cina sebanyak 34 peratus yang sebelum dikira memenangkan Muhyiddin tidak akan lagi mengundi beliau sekiranya percaturan tiga penjuru diadakan di Pagoh.

Peluang tipis Muhyiddin untuk kembali sebagai PM mula dicatur untuk oleh Umno dengan bertanding di parlimen miliknya itu. Kebarangkalian Muhyiddin gugur sebagai ahli parlimen pada PRU 15 akan datang semakin cerah dengan pengisytiharaan dari Hasni itu.

Tahniah Umno kerana mendengar suara akan umbi di Pagoh yang mahukan pertandingan walaupun gergasi yang bertandang di parlimen itu.

 

Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Komen