Kenapa Perikatan perlu guna dana KWAN ?


AHMAD Zahid Hamidi antara pemimpin terbaharu mempersoalkan tindakan kerajaan Perikatan Nasional (PN) menggunakan Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN), dana sumber alam semula jadi negara, untuk membayar pembelian vaksin.

Presiden Umno itu berkata, apa yang membingungkan mengenai tindakan itu ialah Putrajaya telah memperuntukkan dana lebih dari cukup untuk pembelian vaksin.

“Jika benar dana KWAN memang benar-benar diperlukan untuk memerangi pandemik Covid-19 tidak mengapa.

“Tetapi yang menimbulkan persoalan bukankah sudah banyak wang negara diperuntukan untuk tujuan itu sebelum ini?” soalnya dalam satu hantaran Facebook hari ini.

Minggu lalu, kerajaan PN mendapat kritikan keras kerana meluluskan pindaan ke atas Akta KWAN 1988 (Akta 339), dana kekayaan sumber alam semula jadi negara, untuk membayar pembelian vaksin.

KWAN ditadbir oleh Akta Kumpulan Wang Amanah Negara 1988 dan diuruskan oleh Bank Negara.

Ia ditubuhkan pada 1988 untuk memelihara kekayaan negara dari petroleum dan sumber semula jadi yang lain untuk generasi akan datang, termasuk sumbangan dari Petronas.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2019, setakat 31 Disember 2019, dana itu mempunyai aset bernilai RM16.03 bilion.

Zaid berkata RM3 bilion telah diperuntukkan dalam Belanjawan 2021 dan kemudiannya dinaikkan menjadi RM5 bilion.

“Kerajaan PN ketika itu memberi amaran kepada mana-mana rakyat yang mendakwa peruntukan RM3 bilion itu tidak mencukupi akan dikenakan tindakan undang-undang.

“Kini wang negara dalam KWAN pula mahu digunakan selepas banyak aset negara dijual, manakala kadar keberhutangan negara ditambah.”

Zahid berkata keadaan ini boleh menimbulkan kemarahan dan syak wasangka serta curiga dalam kalangan rakyat.

“Apapun ini antara akibat Parlimen digantung. Tiada proses semak dan imbang dilakukan terhadap perbelanjaan wang negara oleh kerajaan PN.”

 

Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan