Bukan gimik politik...


Oleh Hannah Yeoh

Sebagai wakil rakyat, kalau saya masuk masjid untuk Hari Terbuka mestilah berpakaian sesuai untuk menghormati penduduk saya. 
 
Bila saya berselendang, ada yang tuduh pilihanraya dah dekat ini semua wayang kulit DAP. 
 
Kalau saya tak berselendang, nanti tuduh pula DAP menghina Islam. 
 
Yang bukan Islam sebelah sana pula kritik saya menyusahkan hak bukan Islam. Susah kan?
 Tapi tak apa, Tuhan Maha Mengetahui. 
 
Membantu masjid dan surau bukan hak ekslusif segelintir parti politik sahaja. 
 
Tanggungjawab bersama semua pihak berkuasa, wakil rakyat dan komuniti setempat.
 
 13 tahun saya berkhidmat sebagai wakil rakyat, keluar masuk masjid dan surau berpakaian sesuai dan berselendang untuk sampaikan sumbangan, untuk naiktaraf gunakan peruntukan dan berjumpa penduduk. Bukan gimik politik. 
 
Ini cara saya melaksanakan tanggungjawab saya. Boleh tanya penduduk Subang Jaya dan Segambut.
Jalan terus.

 

Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan