Hari ini 33 tahun yang lalu, Benazir Bhutto menjadi Perdana Menteri Pakistan.



Dilahirkan pada 21 Jun 1953, Benazir merupakan anak sulung kepada Zulfikar Ali Bhutto, Perdana Menteri Pakistan ke-9. Selepas mendapat pendidikan awal di tanah air, beliau melanjutkan pengajian di Harvard (B.A., 1973) & kemudian di Oxford (B.A., 1977). 
 
Sekembalinya ke Pakistan, bapanya digulingkan & beliau diletak dalam tahanan rumah. Zulfikar kemudian dihukum gantung pada 1978 & Benazir mengambil alih kepimpinan Parti Rakyat Pakistan (PPP) yang diasaskan bapanya. 
 
Benazir berhijrah ke England pada 1984, menjadi pemimpin bersama PPP dalam buangan sebelum kembali ke Pakistan pada April 1986 untuk melancarkan kempen menuntut pilihan raya terbuka terhadap kerajaan General Mohammad Zia ul-Haq yang menggulingkan bapanya. 
 
Pemerintahan Zia ul-Haq berakhir apabila beliau terkorban dalam nahas pesawat pada 1988, lalu pilihan raya diadakan & dimenangi PPP, menyaksikan Benazir menjadi PM wanita pertama dalam arena politik dunia Islam moden, 3 bulan selepas melahirkan anak pertamanya. 
 
Namun pada pilihan raya 2 tahun kemudian, Benazir tewas & diheret ke mahkamah atas beberapa pertuduhan penyalahgunaan kuasa. Begitupun, beliau memenangi semula pilihan raya pada 1993 untuk menjadi PM buat kali kedua sehingga 1996. 
 
Ketika melarikan diri di London & Dubai, beliau didakwa secara ‘in absentia’ pada 1997 atas kesalahan korupsi & dijatuhi hukuman penjara 3 tahun. Apabila Pervez Musharraf menjadi Presiden, Benazir diberikan pengampunan ke atas semua pertuduhan. 
 
Kepulangannya pada 18 Oktober 2007 dicemari insiden pengeboman berani mati di mana beliau terselamat. Namun tidak pada 27 Disember tahun itu, ketika berkempen pilihan raya di Rawalpindi apabila seorang penyerang melepaskan tembakan sebelum meletupkan diri. 
 
Benazir dipercayai mati selepas kepalanya terhentak pada bumbung kenderaannya, impak daripada letupan tersebut. Beliau dikebumikan bersebelahan bapanya di makam keluarga mereka di Garhi Khuda Bakhsh, Sindh. 
 
Sumber: History

Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan