Pas sahkan bertanding di PRN Sarawak, kurang 11 kerusi

 


BANGI - Pas mengesahkan akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak pada 18 Disember ini.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, walaupun jumlah kerusi yang bakal dipertandingkan pada PRN Sarawak masih dalam penelitian, Pas akan bertanding kurang daripada 11 kerusi, tidak seperti PRN Sarawak sebelum ini.

Malah, beliau berkata, penyertaan Pas pada PRN Sarawak kali ini dijadikan sebagai kayu pengukur gerak kerja parti tersebut di negeri berkenaan.

"Pas sudah banyak kali bertanding di Sarawak dan Pas Sarawak memutuskan bahawa mereka akan turun bertanding pada kali ini.

"Jumlah kerusi masih sedang diteliti, namun ia tidak besar. Dulu kita bertanding sebanyak 11 kerusi, tapi kali ini mungkin tak sampai jumlah tersebut untuk melepaskan angin orang politik.

"Kita nak lihat prestasi petugas-petugas yang perlu diberi latihan. Disebabkan kita berdepan PRN Sarawak dalam norma baharu, mereka bersedia dengan suasana tersebut," katanya ketika sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Denai Sungai Langat di sini pada Selasa.

Sementara itu, Tuan Ibrahim turut menafikan dakwaan bahawa Pas menentang penyertaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam PRN tersebut.

Ujar beliau, setiap parti politik mempunyai hak untuk bertanding dan mereka juga ada keperluan berbuat demikian.

Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan