PAS tak wajar bertanding di Sarawak


MARANG: PAS tidak wajar meletakkan calon bertanding pada Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN-12) Sarawak.

Ahli Majlis Tertinggi Parti Pribumi Bersatu (BERSATU), Senator Datuk Razali Idris, berkata PAS sepatutnya membantu Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang akan berdepan dengan Pakatan Harapan (PH).

Katanya, GPS rakan kepada Perikatan Nasional (PN) pimpinan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menubuhkan kerajaan pada Februari tahun lalu.

"BERSATU dan UMNO sudah memutuskan untuk tidak meletakkan calon bertanding pada PRN-12 Sarawak dan bersetuju membantu GPS memenangi 82 kerusi Dewan Undangan negeri (DUN).

"Secara peribadi saya menyarankan PAS tidak meletakkan calon," katanya kepada media selepas menyampaikan bantuan pada program KETENGAH Ambik Cakne Iman dan Bilal peringkat daerah Marang di di sini, hari ini.

Yang turut hadir adalah Pegawai Agama Daerah Marang, Wan Humaidi Wan Ismail, Pengerusi Persatuan Imam dan Bilal daerah Marang, Abdul Manas Bidin dan Ketua Pegawai Eksekutif Kolej KETENGAH, Zaidi Muda.

Razali yang juga Ketua Badan Pimpinan BERSATU Terengganu berkata demikian ketika mengulas cadangan PAS Sarawak untuk meletakkan calon bertanding di 11 kerusi DUN Sarawak pada 18 Disember depan.

Setiausaha PAS Sarawak, Mukhtar Suhaili dilaporkan berkata, parti itu akan meletakkan calon, termasuk bukan Islam bertanding di 11 kerusi DUN.

Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan