PRN Johor bukan hanya untuk mandat kukuh, tapi medan 'bunuh' Bersatu


Umno bukan saja yakin akan menang selesa jika PRN Johor diadakan dalam masa terdekat, tetapi turut optimis dapat "membunuh" Bersatu.

Perkara itu dinyatakan sumber parti itu, yang menjelaskan Umno memang mahu PRN itu diadakan dalam masa terdekat bagi mendapat mandat baru yang lebih kukuh.

Ketika ini kerajaan Johor yang diketuai Umno memiliki kelebihan satu kerusi sahaja berbanding pembangkang.

"Umno optimis bahawa kita bukan saja berupaya untuk menang dengan selesa, tetapi ini juga medan terbaik bagi melemahkan Bersatu.

"Jika kita mahu 'membunuh' Bersatu di sinilah medannya, kemudiannya pada PRU15," katanya yang merupakan pemimpin pusat Umno kepada Malaysiakini.

Semalam, Bernama melaporkan, Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad terus mengelak apabila ditanya mengenai kemungkinan PRN akan diadakan selepas sambutan Tahun Baru Cina nanti.

Semasa diajukan mengenai perkara berkenaan, pengerusi Umno Johor itu hanya tertawa dan menegaskan bahawa sebenarnya apa yang lebih penting adalah justifikasi mengapa pilihan raya itu perlu diadakan.

Bersatu pula melalui setiausaha agungnya Hamzah Zainudin, memaklumkan parti itu bersedia untuk sebarang kemungkinan jika Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dibubarkan bagi memberi laluan kepada PRN dalam masa terdekat.

Dalam pada itu seorang lagi sumber Umno berkata mereka dalam keadaan siap sedia bagi menghadapi PRN Johor dalam masa terdekat ini.

Bagaimanapun parti itu sedang menunggu "restu" berkenaan beberapa perkara sebelum memohon perkenan untuk membubarkan DUN, katanya yang juga pemimpin pusat parti itu.

"Ini adalah masa terbaik untuk Umno, BN menghadapi PRN Johor selepas kemenangan selesa dalam PRN Melaka.

"Dari segi moralnya, lawan kita juga dalam keadaan tidak bersedia untuk menghadapi PRN ini," katanya lagi.

 

Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan