Angkat martabat wanita perjuangan utama Wanita PKR – Nurul Izzah


 GEORGE TOWN: Wanita PKR meletakkan perjuangan membela dan mengangkat martabat wanita sebagai matlamat utama mereka dalam mengembalikan kemenangan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, kayu ukur kejayaan parti itu bukan terletak pada berapa kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi tetapi kualiti hiduo masyarakat seperti anak anak tercicir sekolah yang telah dibantu.

“Saya nampak berbahaya apabila kita pergi kembali kepada dunia (sebelum pandemik) dan pelaksanaan dasar ekonomi seolah-lah kita tidak hadapi pandemik.

“Tiba tiba naik OPR (kadar dasar semalaman oleh Bank Negara) buat kali keempat (dalam setahun). Juga isu bantuan makro kredit kita tidak dibenar (diangkat) ke hadapan (dalam kerajaan sekarang),” katanya dalam Himpunan Wanita PKR di Pulau Pinang, petang semalam..

 Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, hanya dengan kuasa sebagai pemerintah isu-isu wanita dan keluarga boleh ditangani secara lebih baik kerana kerajaan sekarang terbukti tidak mampu membela wanita sebagaimana pemerintahan PH.

“Oleh itu kita perlu paksa isu ini diarusperdanakan. Kementerian Wanita bukan kementerian olok-olok, Kementerian Wanita adalah barisan hadapan, lebih penting daripada kementerian lain.

“Misalnya masa pandemik (Covid 19) senjata tidak membantu kita tetapi yang memberi kebajikan sewajibnya (adalah Kementerian Wanita),” katanya.

Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan