Anak Muda GEGOR Bera dijangka tarik 2,000 belia


BERA: Penganjuran Karnival #KeluargaMalaysia: Anak Muda GEGOR Bera pada Sabtu ini (12 Nov) dijangka akan menghimpunkan lebih 2,000 belia dari Parlimen Bera dan kawasan berhampiran, menerusi pelbagai program menarik termasuk e-sukan.

Pengerusi Miat Quadra E-Sport Club, Mohamad Lukman Afiq Mohamad Faizal selaku penganjur berkata karnival sehari bermula jam 9 pagi di Dewan Konvensyen Majlis Daerah Bera itu dijangka akan dirasmikan Perdana Menteri sementara, Ismail Sabri Yaakob.

Selain e-sukan, karnival dengan kerjasama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Perbadanan Pembangunan Manusia Berhad (HRDCorp) itu, antara lain turut melibatkan tawaran 1,500 kerja menerusi acara JaminKerja.

“Setakat ini sebanyak 38 kumpulan e-sukan telah mendaftar dengan semuanya anak tempatan Bera, namun penyertaan juga terbuka kepada mereka dari luar Bera, bagi merebut hadiah berupa wang tunai serta cabutan bertuah.

“Pasukan e-sukan negara, Team Haq Esports Club yang muncul juara perlawanan Liga Profesional Mobile Legend (MPL) MY musim ke-10 juga akan menghadiri karnival ini,” katanya pada sidang media di Pusat media Parlimen Bera, Padang Luas di sini hari ini.

Penganjuran pertandingan e-sukan itu bertujuan mencungkil bakal belia dalam sukan tersebut, yang kini telah menjadi kerjaya sukan dengan ramai pemain muda berjaya di peringkat antarabangsa.

Selain itu, Mohamad Lukman Afiq berkata acara lain yang akan berlangsung ialah ujian pemeriksaan kesihatan, pemeriksaan motosikal, konsert Keluarga Malaysia dan jualan pelbagai barangan menerusi trak makanan dan gerai.

Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan