Oleh DR HASSAN ALI
Apa yang saya tulis di bawah ini pengalaman yang saya lalui selama 21
tahun di Zimbabwe. Mungkin banyak kekurangan dari segi 'facts and
figures' tetapi dari apa yang sedang berlaku disini, banyak persamaannya
dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan negara China terhadap Zimbabwe
melalui syarikat milik kerajaan negara itu.
Tidak mustahil, tidak lama lagi perkara yang sama berlaku di negara
kita. Nahuzubillah.China telah lama "melabur" dalam pelbagai projek
infrastruktur di Zimbabwe sejak 1980 dengan nilai sebanyak AS$5bilion.
Antara puluhan projek China di Zimbabwe, yang menarik perhatian saya
adalah pada tahun 2012 yang mana China "membantu" membaikpulih rel keretapi di Zimbabwe.
Selepas 4 tahun projek keretapi itu bermula, pada hari ini, China
telah berjaya mengawal 80% dari ekonomi dan pentadbiran negara Zimbabwe
dan menjadikan Zimbabwe seolah-olah seperti sebuah koloninya di benua
Afrika.
Matawang Yuan, bar-baru ini, juga telah di jadikan matawang rasmi di
Zimbabwe apabila China mengecualikan pembayaran balik hutang sebanyak
AS$40juta kepada Zimbabwe.
Ternyata penjajahan bentuk baharu bukan lagi secara ketenteaan tetapi
penaklukan eonomi kuasa besar terhadap negara dunia yang lemah
mengurusan ekonominya.
Rakyat Zimbabwe terpaksa menanggung akibat daripada kesilapan dan
kelemahan pentadbiran kerajan mereka yang dipimpin oleh Presidennya
Robert Mugabe.
Barang dijauhi Allah, Malaysia menjadi seperti Zimbabwe. Tapi dari
apa yang sedang berlaku sekarang, musibah yang sama akan melanda kita
kalau tidak melihat Zimbabwe sebagai iktibar dan belajar dari kesilapan
itu.
Zimbabwe satu-satunya negara yang tidak mempunyai matawangnya sendiri yang mana Dollar Amerika mendominasi urusniaga sejak 2003.
Ketika inilah China mencurahkan pelaburannya dengan membina lapangan
terbang baharu, membaikpulih lebuh raya, bandar dan perkampungan baharu
berkonsepkan China sehinggakan terujud Little Beijing in Harare.
Penduduk China diseluruh Zimbabwe lebih kurang 80-90,000 orang yang
hampir sama dengan penduduk asal di negara tersebut. Rakyat China yang
bekerja di Zababwe dan penduduk tempatan yang bekerja dengan syarikat
China dibayar dengan Remimbi atau Yuan.
Terdapat juga emas dan logam
dari penduduk tempatan dibayar dengan Remimbi dan adakalanya dibayar
dengan barang-barang peralatan rumah buatan China yg kualiti rendah.
Sebanya 70% rakyat Zimbabwe dikalangan petani. Mereka jemu untuk
ambil peduli 'apa yang betul' dan 'apa yang salah' dilakukan oleh
kerajaan mereka.
Tiba masa mengundi, mereka mengundi. Apa yang merekaperlu ialah air
yang cukup bukan Mugabe. Mereka akan menikmati 'bumper harvest year'
pada bulan Jun kalau cukup hujan pada awal tahun ini.
Mereka bukan tak tahu kezaliman Mugabe yang selama ini merosakkan
negara, tetapi mereka dah sampai ketahap benci untuk berbuat sesuatu.
Jangan ketawa kan saya. Apa yang saya alami dari 1995 hingga sekrang,
21 tahun lamanya, sedang berlaku di negara ini. Kita akan dengar
kata-katasaperti; "Zimbab dan Malaysia tak sama";"Tidak akan berlaku di
Malaysa" dan sebagainya.
Apa yang saya dengar itulah juga diungkapkan sejak 17 tahun yang lalu dari mulut menteri Zimbabwe.
Masalah sedang menunggu. Kalau masalah dari 1MDB tidak di selesaikan
kita akan jadi mangsa Amerka. Sekarang ini apa yang Perdana Menteri
Datuk Seri Mohd Najib Razak cuba lakukan ialah "cuba lari" dari
Amerika) dengan mengunakan kuasa China. Tidak ubah seperti bidalan "cuba
keluar dari mulut buaya dan masuk ke mulut naga".
Dalil-dalil yangg negara kita menjejaki Zimbabwe telah banyak berlaku dan kan terus berlaku dalam masa yang amat pantas.
Contoh:
•Apabila banyak cawangan bank ditutup, money changer akan
mengikuti nilai mata wang seperti Dollar AS akan sukar didapati. Black
market
yang taboo kepada Bank Negara akan muncul.Budget negara tipu
salah satu darinya. Kerap berlaku di Zimbabwe akan berlaku disini juga.
•Tarik subsidi kerajaan menyebabkan barang dapur jadi bertambah mahal.
•Tidak
mustahil Felda akan dimiliki syarikat China dengan hanya membeli share
FGV dan tak mustahil jika minyak sawit didagangkan dengan Remimbi.
Peneroka Felda akan dibayar denga matawang cina. Kedai 1Msia akan
dipenuhi dengan barangan buatan China yang rendah kualitidan substandard
mutunya.
• Pelabur dari barat kurang minat melabur di Malaysia
kerana tidak yakin akan ditawarkan project kerana GLC China telah
bertapak dengan kuat dan menguasai penjawat awam. Bila kurang pelaburan
dari barat, maka akan berlaku kekurangan pertukaran wang asing dalam
negara yang akan mengakibatkan nilai ringgit turun dan terus turun.
• Credit rating negara akan menurun yang akan meyebabkan akses kepada modal asing menjadi sukar dan mahal.
Tunggu!! tidak lama lagi, di pasar raya kita hanya dapat membeli
buah-buahan tempatan saja. Kalau ada epal dan anggur pun, didatangkan
dari China.
Saya ulangi, apa yang g saya tulis ini adalah berdasarkan pengalaman saya selama 21 tahun di Zimbabwe.
Apa ada untuk rakyat sesebuah negara sekiranya aset seperti letrik,
air, rel, lebuhraya strategik, pelabuhan dan telekomunikasi dimiliki
orang asing?.
Selamatkanlah negara ini dari di REMIMBIrised atau YUANised oleh China.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan